(PENTING) Etika Ketika Seks | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(PENTING) Etika Ketika Seks




Sesi intimasi tentunya mengujakan buat pasangan suami isteri. Namun, masih juga ada perkara yang harus anda awasi supaya rasa janggal antara anda berdua berdua nanti.
  
SALAH PILIH TEMPAT Sudah bosan memadu asmara di dalam kamar tidur, anda ingin mencuba sesuatu di luar jangkaan contohnya di dalam kereta atau di balik semak. Hubungan seks adalah perihal ‘bawah selimut’ yang perlu dijaga privasinya hanya antara kalian berdua. Jangan memalukan diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang tidak senonoh sebegitu.

TERPENGARUH DENGAN VIDEO ATAU FILEM LUCAH Jangan terlalu terpengaruh dengan jalan cerita filem lucah yang menggambarkan keasyikan tiada bandingan. Bezakan dunia realti dan lakonan. Jangan terpedaya dengan “persembahan” pelakonnya kerana ia sekadar lakonan dan aksi mereka disunting untuk hebatkan aksi itu.

ELAK HUBUNGAN INTIM KETIKA SAKIT Anda sudah membuat rancangan untuk menikmati saat manis bersama pasangan dengan tempahan makan malam romantis dan penginapan mewah di hotel, namun si dia pula diserang demam panas secara tiba-tiba. Walaupun anda kecewa kerana rancangan tidak menjadi, namun hormatilah keadaannya yang sedang sakit. Beri dia ruang untuk berehat. Dengan sikap toleransi ini, ia membuatkan rasa kasihnya pada anda berlipat ganda.

PAKSAAN ITU MENJENGKELKAN! Setiap manusia tidak suka dipaksa, termasuk anda dan pasangan. Justeru, jangan sesekali menyuruh dia menuruti kehendak anda yang merepek dan menyusahkan. Apabila tiada keikhlasan melakukannya, maka tiada rasa kepuasan dalam hubungan intim kalian.

AKTIVITI BERAT SEBELAH Jangan mengharapkan sesuatu yang anda juga tidak sanggup lakukan. Jika anda ingin dia melakukan dalam posisi yang berlainan dari selalu, anda juga perlu bersedia untuk memberi dia kepuasan yang sama.


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.