Marsha nikah 8 Januari, peluk Islam dalam masa terdekat | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Marsha nikah 8 Januari, peluk Islam dalam masa terdekat





KUALA LUMPUR 18 Dis. – Pelakon dan pengacara, Marsha Milan, 30, bakal melangsungkan perkahwinannya dengan seorang jejaka Melayu, Mohamed Shaiful Nizam pada 8 Januari ini dan bakal memeluk agama Islam dalam waktu terdekat.

Menurut Marsha, majlis pernikahannya kelak akan berlangsung secara tertutup tanpa mengundang orang awam selain hanya ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat.

“Ya, saya mengakui berita yang tersebar selama ini bahawa saya akan bernikah dalam masa terdekat adalah benar. Disebabkan ia diadakan secara tertutup atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak, maka saya diamkan sahaja tanpa menafikan atau mengiakan.

“Namun begitu, kerana tidak mahu tindakan saya berdiam diri akan menimbulkan sebarang spekulasi yang tidak diingini, hari ini saya tampil memberikan keterangan menyatakan hal sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai spekulasi berhubung kisah peribadinya termasuklah dikatakan memeluk Islam dan bakal berkahwin dengan anak seorang kenamaan, namun tidak pernah dijawabnya.

Tambah finalis Akademi Fantasia musim ketiga itu, majlis resepsi akan diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur secara sederhana, tetapi tidak memberitahu tarikh pernikahannya.

Pada masa yang sama, Marsha memohon para peminatnya mendoakan kebahagiaannya dengan bakal suami yang difahamkan adalah anak kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman.

Mengenai pengislamannya, Marsha memberitahu, dia belum lagi berbuat demikian dan proses tersebut akan dilakukannya dalam masa terdekat memandangkan jadualnya yang padat.

Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.