6 Khilaf Lelaki Tentang Seks | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

6 Khilaf Lelaki Tentang Seks




Lelaki tahu segalanya tentang wanita? Mungkin silap percaturannya isu ini. Setelah bertahun-tahun, anda masih samar-samar tentang hubungan intim juga sukar melenyapkan kekeliruan kala bersama. Ini boleh mengundang kesilapan seks! Lelaki cenderung memikirkan diri sendiri ketika melakonkannya. Wanita pula sering bersikap malu-malu mahu mengatakan adegan pilihan mereka.


Kesilapan Seks 1: Anda Tahu Apa Dia Mahu

Lelaki sering mengandaikan bahawa setiap wanita menyukai sesuatu yang sama. Inilah kesalahan paling ketara! Ingat, setiap wanita berbeza antara satu dengan yang lain. Berfikir matang secara seksual, bila tidak semua wanita sama, maka kehendak seks juga nyata berbeza. Ini bukan sahaja boleh dikaitkan dengan seks, begitu juga dalam perhubungan. Lebih bijak jika anda berdua bersikap terbuka dan cuba memahami kehendak sesama sendiri.

Kesilapan Seks 2: Anda Ada Apa Dia Mahu

Anda berdua memang pelakon yang mesti ada dalam setiap adegan, namun tidak selalunya ia berjaya. Anda berdua mungkin memerlukan ‘alat bantuan’. Lokasi, pakaian, suasana dan sebagainya memainkan peranan penting. Paling berjaya, jika kamu pandai mengambil hati pasangan. Buat si dia berasa gembira dan selesa sepanjang hari. Bermanja juga leraikan permasalahan di minda. Jika ‘ajakan’ anda diterima dengan hati terbuka juga minda tenang dan kosong, perjalanan cinta pasti lebih menyenangkan.

Kesilapan Seks 3: Nikmat Seks Sama

Kecenderungan untuk berselisih faham tentang seks berlaku setiap kali selepas bersetubuh. Wanita biasanya terlalu menjaga perasaan lelaki dan ini memberi keyakinan pada pasangan bahawa dia telah memberi nikmat seks yang sama seperti dirasainya. Di sinilah titik kesilapan bermula. Tanpa komunikasi segalanya seakan mati. Lelaki juga harus peka. Adakah dia benar-benar menikmatinya atau cuba merahsiakan sesuatu? Ada wanita yang menginginkan seks oral lebih dari permainan asas. Bereksperimenlah, kamu bakal mengesannya nanti.

Kesilapan Seks 4: Pakar Tentang Tubuh dan Anatominya

Ya, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa lelaki arif tentang lokasi aset wanita namun ini tidak membuktikan lelaki benar-benar memahami fungsi dan rasanya apabila disentuh. Ada lelaki yang kurang mahir bila menyentuh bahagian-bahagian sulit wanita. Bagaimana pula reaksi pasangan anda apabila sentuhan terkena bahagian sensitifnya? Majoriti gemarkannya, minoriti menolaknya. Ada kalanya wanita lebih terarah kepada rangsangan tidak langsung. Bagaimana mahu mengetahui kesukaannya? Go, ask her!

Kesilapan Seks 5: Basah = Mengasyikkan

Biasanya kala bersetubuh, lelaki akan sedikit turn off jika wanita tidak cukup basah. Usah gusar.
Mitos, jika kamu sedang berahi, situasi basah tidak semestinya terjadi pada setiap wanita. Sesetengah wanita cenderung untuk lebih basah daripada wanita lain. Ini bergantung kepada kondisi tubuh wanita itu sendiri. Ia boleh berubah dari hari ke hari mengikut fasa kitaran haid juga pengaruh lain seperti kesan ubat-ubatan juga tahap tekanan yang dialami.

Kesilapan Seks 6: Diam itu Emas?

Lelaki biasanya akan diam kala mengadakan hubungan intim kerana tumpuan hanya difokuskan kepada nikmat yang dirasainya. Tetapi apabila wanita mula bersuara, seperti biasa, lelaki akan mula berandaian dan soalan mula dikemukakan ‘apa yang menyeronokkan dan menyakitkan wanita?’. Hargai tindak balasnya! “Saya rasa, beginilah yang saya mahukan,” perbualan beginilah yang akan dapat membantu.


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.