(PETUA) Bagaimana Seks Memberikan Kesihatan Yang Baik | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(PETUA) Bagaimana Seks Memberikan Kesihatan Yang Baik




Tahukah anda seks memberi manfaat pada tubuh badan dan kesihatan kita? (Begitu juga pada si dia). Saintis berpendapat kala mengadakan hubungan kelamin, badan kita menghasilkan hormon juga perubahan biologikal yang boleh mencegah atau meringankan kesakitan, risiko kanser rendah, kekebalan rangsangan dan daya tahan sakit sekali gus mengimbangi gejala menopaus. Taking care of your health has never been so much fun!

Mengurangkan Sakit Kronik
Jika terasa sakit kepala, katakan ‘Ya’ pada seks! Rangsangan pada bahagian alat sulit membebaskan endorfin, kortikosteroid dan ubat penahan sakit yang lain. Hasilnya, sakit kepala mula berkurangan begitu juga otot aktif semasa melakukan hubungan seks. Manfaatnya wanita dapat menahan tekanan dua kali ganda semasa orgasma. Rangsangan melalui dinding depan faraj di bahagian G-spot, daya tahan sakit meningkat 50 peratus dari keadaan sebelumnya.

Risiko Kanser Payudara Lebih Rendah
Semasa kebangkitan nafsu berahi atau puncak syahwat, tahap hormon ‘bahagia’ meningkat. Satu kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengadakan hubungan seks lebih daripada sekali sebulan mempunyai risiko lebih rendah mendapat kanser payudara berbanding mereka yang kurang aktif mengamalkan aktiviti seksual. Pengkaji Greek mendapati lelaki yang mengalami orgasma sekurang-kurangnya tujuh kali dalam sebulan seusia 50-an mempunyai tahap keupayaan yang jauh lebih rendah untuk menghidapi kanser payudara lelaki.

Senaman Jantung
Ahli kardiologi berpendapat hubungan seks dapat memberi senaman intensiti sederhana untuk meningkatkan kesihatan jantung serta berdegup pantas. Walau apa jua senaman yang anda lakukan, bila anda bertenaga ia memberi manfaat pada jantung anda. Posisi kala bersama juga memainkan peranan penting. Jangan ‘malas’ dan berbaring, cuba sesuatu aksi hingga mengalirkan peluh yang banyak kerana ia biasanya memerlukan usaha yang lebih. Orgasma adalah bonus. Kadar jantung anda mungkin mencecah 110 degupan seminit, setanding dengan senaman berjalan pantas atau berjoging.

Melindungi Prostat
Lelaki yang memiliki purata sekurang-kurangnya empat pancutan seminggu mempunyai peluang satu pertiga lebih rendah menghidapi kanser prostat berbanding mereka yang tidak aktif melakukan seks. “Jika kerap kali pancutan berlaku, ia tidak akan mudah tersumbat,” kata Ketua Perubatan Seksual, Alvarado Hospital, Irwin Goldstein. Walaupun hasil kajian itu jelas, sebab ia terjadi masih kabur maka memerlukan lebih banyak penyelidikan.

Bebas Stres!
Tekanan di tempat kerja? Mungkin boleh luangkan sedikit masa di atas katil? Satu kajian mendapati bahawa lelaki dan wanita yang kerap melakukan seks sepanjang tempoh dua minggu sebelum ‘tertekan’ mampu menangani keadaan dengan lebih mudah kala melakukan presentation dan beberapa aritmetik lisan. Semasa persembahan, tekanan darah sistolik (nombor atas dalam bacaan tekanan darah) meningkat dan kemudian jatuh kembali ke tahap normal pada kadar yang lebih cepat daripada orang yang tidak melakukan hubungan seks, termasuk interaksi noncoital atau masturbasi. Teori mengatakan hubungan seks memerlukan aktiviti otak yang lebih kompleks.

Revolusi Sistem Imun
Penyelidikan University Wilkes menunjukkan bahawa pelajar kolej yang terlibat dalam seks sekali atau dua kali seminggu mempunyai 30% lebih tinggi tahap antibodi melawan jangkitan penyakit berbanding rakan sekelas yang menahan nafsu dan kehendak mereka. Tahun 2004 pula, saintis Jerman menghasilkan keputusan yang sama: Ujian darah menunjukkan bahawa nafsu berahi dan puncak syahwat pada lelaki meningkatkan tahap pathogen-fighting dengan sel-sel darah putih. Kesannya setanding dengan aktiviti stress-busting lain seperti bersenam dan mendengar muzik, yang juga merangsang rembesan protein tertentu yang mampu mempertahankan tubuh daripada jangkitan.

Kelamin Sihat
Seks sihat mencegah kekeringan dan kesakitan yang bakal datang tanpa isyarat. Wanita putus haid mengamalkan hubungan seksual lebih daripada 10 kali setahun mempunyai vaginal atrophy yang rendah berbanding mereka yang kurang kerap. Nafsu berahi membawa darah ke faraj, yang memberikan nutrien dan oksigen. Kerap beraktiviti, ia membantu anda mencegah tisu daripada menjadi nipis dan kurang kenyal apabila umur meningkat, jadi persetubuhan akan kekal lebih selesa dan menyeronokkan.


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.