Ini merupakan kes pertama yang ditemui dan membuatkan saya mencari banyak maklumat di website/ blog dan lain-lain tentang penyakit ini. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai apakah penyakit ini, gejalanya, penyebabnya dan cara mengubatinya, bacalah selanjutnya …..
Apa itu VITILIGO ?
Vitiligo merupakan penyakit yang menyebabkan terbentuknya tompok-tompok putih pada kulit yang menandakan hilangnya pigmen di badan. Normal pigmen dibentuk oleh sel yang disebut melanosit, bila melanosit rosak, mati atau tidak mampu menghasilkan pigmen lagi, maka akan terjadilah vitiligo. Dilapurkan kira-kira 0.5 – 1 % penduduk dunia menderita vitiligo, di mana 50% kes terjadi pada usia di bawah 21 tahun tanpa mengira samada lelaki atau perempuan. Terdapat juga segelintir penderita warga emas.
Ada juga kajian menyatakan Vitiligo mulai tampak pada usia 10 – 30 tahun, ditandai dengan timbulnya tompok putih susu di bahagian tubuh yang sering terdedah sinar matahari, antara lain : muka, siku dan tangan. Hilangnya pigmen (depigmentasi) lebih nyata terjadi di sekitar mata, lobang hidung, mulut, pusar dan alat genital. Gejala lainnya ialah rambut, alis, bulu mata memutih, tompokan putih di dalam rongga mulut dan hilangnya pigmen di retina mata.
Vitiligo bukan penyakit menular atau berjangkit, bukan juga penyakit yang mengancam jiwa. Namun, vitiligo dapat memicu terjadinya depresi/ tekanan perasaan dan gangguan perilaku penderita.
Perkembangan vitiligo sukar dijangkakan kerana umumnya berbeza-beza pada tiap penderita. Ada yang mengalami penyebaran tompokan dengan cepat dan ada yang lambat. Sebahagian besar penderitanya kehilangan pigmen kulit secara perlahan-lahan pada hampir seluruh permukaan kulit.
Apa Penyebab, Gejala dan Perkembangan Vitiligo ?
Apa Penyebab, Gejala dan Perkembangan Vitiligo ?
Penyebab Vitiligo belum diketahui secara pasti, dikatakan ada kaitan dengan faktor genetik dan penyakit autoimun. Terdedah kepada sinaran matahari, tekanan jiwa raga (stres emosional) dan infeksi virus juga diduga dapat menjadi penyebabnya, walaupun secara perubatan belum terbukti.
Penyakit jangka panjang ini dapat menyerang semua kulit tubuh. Beberapa bahagian tubuh yang sering terserang vitiligo adalah permukaan yang paling terdedah sinar matahari seperti tangan, kaki, wajah, bibir, serta leher. Vitiligo juga dapat menyerang akar rambut dan menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut, bulu mata, alis dan janggut.
Jika anda mengidap penyakit ini, gejala utama yang paling menonjol adalah munculnya tompok-tompok yang awalnya berwarna lebih muda dari kulit normal dan kemudian berubah menjadi putih. Tompok-tompok tersebut biasanya kekal dan lebih mudah terbakar sinar matahari. Walau tidak menyebabkan iritasi atau ruam, tompok-tompok tersebut kadangkala terasa gatal.
Secara umum Vitiligo di katogerikan kepada 3 jenis iaitu :
Secara umum Vitiligo di katogerikan kepada 3 jenis iaitu :
1) Vitiligo general, adalah jenis yang paling banyak ditemui, kelainan nampak di kedua sisi tubuh (simetris) dan dapat merebak ke seluruh tubuh.
2) Vitiligo fokal, kelainan hanya setempat, lebih sering ditemukan pada anak.
3) Vitiligo segmental. Vitiligo ini hanya timbul di satu sisi tubuh (unilateral), umumnya terjadi pada usia remaja, tidak ada kaitan dengan penyakit autoimun, kelainan biasanya cepat meluas, berlangsung satu-dua tahun, kemudian berhenti sendiri.
2) Vitiligo fokal, kelainan hanya setempat, lebih sering ditemukan pada anak.
3) Vitiligo segmental. Vitiligo ini hanya timbul di satu sisi tubuh (unilateral), umumnya terjadi pada usia remaja, tidak ada kaitan dengan penyakit autoimun, kelainan biasanya cepat meluas, berlangsung satu-dua tahun, kemudian berhenti sendiri.
Segera hubungi doktor jika anda mengalami perubahan abnormal pada warna kulit, rambut, atau mata. Pemantauan tepat pada tahap awal dapat mengurangkan perkembangan keadaan ini.
Penyebab dan Faktor Risiko Vitiligo
Walau tidak menular dan tidak mengancam jiwa, penyakit ini dapat memengaruhi penampilan serta kepercayaan diri pengidapnya.
Vitiligo terjadi ketika kulit tidak memproduksi melanin secara memadai. Melanin adalah senyawa yang menentukan warna kulit dan melindungi kulit dari efek buruk sinar matahari.
Penyebab di balik kekurangan melanin tersebut belum diketahui secara pasti. Tetapi para pakar menduga penyakit ini berhubungan dengan beberapa faktor risiko.
> Faktor keturunan. Sekitar 1 dari 5 pengidap vitiligo memiliki anggota keluarga dengan penyakit yang sama.
> Mengidap penyakit autoimun lain, misalnya hipertiroidisme, diabetes atau penyakit Addison.
> Stres. tekanan jiwa raga, persekitaran
> Mengalami kerusakan kulit, misalnya akibat terbakar matahari.
> Terdedah kepada bahan kimia tertentu.
> Mengidap penyakit autoimun lain, misalnya hipertiroidisme, diabetes atau penyakit Addison.
> Stres. tekanan jiwa raga, persekitaran
> Mengalami kerusakan kulit, misalnya akibat terbakar matahari.
> Terdedah kepada bahan kimia tertentu.
Proses Diagnosis Vitiligo
Diagnosis penyakit ini umumnya melalui pemeriksaan fizikal oleh doktor. Untuk memastikan adakah anda menderita Vitiligo, maka selain mencari informasi riwayat keluarga, doktor akan menganjurkan :
~ Pemeriksaan dengan lampu Wood, iaitu sinar UV, di mana vitiligo akan tampak berwarna kuning, hijau dan biru.
~ Pemeriksaan kerokan (scratch) kulit untuk menyingkirkan kemungkinan infeksi kulat
~ Pemeriksaan darah untuk evaluasi fungsi kelenjar tiroid dan deteksi ANA (anti-nuclear antibodies) yang berkait penyakit autoimun.
~ Biopsi kulit.
~ Pemeriksaan kerokan (scratch) kulit untuk menyingkirkan kemungkinan infeksi kulat
~ Pemeriksaan darah untuk evaluasi fungsi kelenjar tiroid dan deteksi ANA (anti-nuclear antibodies) yang berkait penyakit autoimun.
~ Biopsi kulit.
Untuk memastikan diagnosis, ada beberapa jenis pemeriksaan terperinci yang biasanya akan dianjurkan. Salah satunya adalah pemeriksaan kulit menggunakan lampu ultraviolet. Ujian ini berfungsi menghapus kemungkinan adanya penyakit kulit lain, misalnya dermatitis.
Ujian darah mungkin dianjurkan untuk memeriksa kemungkinan adanya masalah autoimun lain, misalnya diabetes atau penyakit Addison. Ujian darah juga dapat digunakan untuk mengevaluasi fungsi kelenjar tiroid guna memeriksa kemungkinan adanya hipertiroidisme.
Langkah Penanganan Vitiligo
Langkah penanganan utama yang dapat Anda lakukan adalah dengan memaksimalisasi perlindungan kulit dari sinar matahari. Meski pun tidak boleh disembuhkan, penanganan yang tepat dapat memperlambat perkembangan vitiligo serta memperbaiki penampilan kulit pengidap.
Kulit pengidap vitiligo kekurangan sel melanin yang berfungsi melindungi kulit dari sinar ultraviolet. Kerana itu, gunakanlah tabir suria (pelindung cahaya matahari) dengan SPF 30 atau lebih agar tidak mudah terbakar matahari serta terhindar dari kerosakan.
Anda juga dapat menggunakan krim ‘kamuflase’ kulit untuk mengatasinya. Krim tahan air ini berfungsi menyamarkan tompok-tompok vitiligo. Alternatif lainnya adalah produk kosmetik seperti lotion penggelap warna kulit atau yang lebih dikenal dengan tanning lotion.
Selain melindungi kulit dan menyamarkan tompokan tersebut, vitiligo juga dapat ditangani dengan langkah-langkah perubatan.
*** Langkah penanganan perubatan moden umumnya memiliki kesan sampingan yang dapat memengaruhi kesehatan anda. Kerana itu, doktor cenderung menganjurkan penanganan vitiligo dengan produk perawatan tubuh dan kosmetik secara maksimal sebelum memutuskan langkah penanganan lain.
Menjalani penanganan perubatan moden juga memerlukan kesabaran kerana memerlukan waktu yang cukup lama sebelum anda merasakan keberkesanannya.
Obat sapu
Beberapa jenis obat sapu yang digunakan untuk menangani vitiligo adalah kortikosteroid, pimecrolimus atau tacrolimus, dan lotion depigmentasi.
Krim atau salep kortikosteroid dianjurkan oleh doktor untuk pengidap vitiligo yang hanya memiliki tompok-tompok pada sebahagian kecil tubuhnya. Salep ini bukan untuk digunakan pada wajah. Pengidap vitiligo yang sedang hamil juga sebaiknya menghindari ubat ini.
Kortikosteroid memiliki kesan sampingan yang signifikan, seperti kulit yang menipis sehingga pembuluh darah terlihat dan muncul guratan pada kulit (stretch mark). Kerana itu, ubat ini umumnya tidak digunakan sebagai penanganan jangka panjang dan doktor akan memantau keadaan pengidap secara teratur selama menggunakan ubat ini.
Ubat sapu lain yang dapat menjadi alternatif adalah pimecrolimus atau tacrolimus. Keduanya merupakan ubat yang biasa digunakan untuk mengubati ekzima. Beberapa kesan sampingan yang mungkin terjadi akibat ubat-ubat ini di antaranya kulit menjadi lebih sensitif terhadap cahaya matahari, muncul sensasi terbakar atau sakit, serta wajah memerah dan iritasi kulit ketika anda menggunakan minuman keras.
Jika mengidap vitiligo dengan tompok-tompok putih di sebahagian besar tubuh, anda dapat menjalani depigmentasi. Proses ini dilakukan dengan menyapukan losyen yang akan melunturkan pigmen kulit yang normal sehingga warnanya menjadi serupa dengan tompokan vitiligo. Ubat sapu yang digunakan adalah losyen mengandungi hydroquinone yang dapat mencegah kembalinya pigmen kulit.
Sayangnya, depigmentasi kulit yang anda jalani akan bersifat kekal sehingga kulit anda tidak memiliki perlindungan alami dari sinar matahari lagi. Selain itu, hydroquinone juga berpotensi menyebabkan kulit terasa gatal, perih, serta kemerahan.
Analog vitamin D
Penggunaan ubat ini dapat dikombinasikan dengan kortikosteroid atau fototerapi. Contohnya adalah calcipotriol.
Terapi cahaya (fototerapi)
Langkah perubatan ini akan dipilih jika tompok-tompok vitiligo pengidap sudah menyebar luas atau tidak boleh ditangani dengan ubat sapu. Terapi ini menggunakan cahaya ultraviolet (UV) A atau B untuk mengembalikan warna kulit yang terserang vitiligo. Kesan sampingan terapi ini adalah meningkatnya risiko kanser kulit.
Terapi laser
Sama seperti fototerapi, prosedur ini bertujuan untuk mengembalikan warna kulit pada tompok-tompok vitiligo, tapi hanya efektif untuk vitiligo yang menyerang sebagian kecil kulit tubuh.
Pembedahan cangkok kulit
Dalam prosedur ini, kulit sihat dari bahagian tubuh yang tidak mengalami vitiligo akan diambil dan digunakan untuk melapisi kulit yang memiliki tompok-tompok vitiligo. Pembedahan ini dapat dilakukan jika tompok-tompok vitiligo anda hanya menyerang sebahagian kecil tubuh dan tidak mengalami perkembangan.
Jika tidak ditangani, vitiligo akan terus berkembang dan kadangkala mengakibatkan beberapa komplikasi, misalnya:
> Kekurangan melanin akan menyebabkan kulit rentan terhadap pengaruh sinar matahari sehingga mudah terbakar dan mempertinggi risiko kanser kulit.
> Kekurangan pigmen pada mata dapat menyebabkan inflamasi pada bahagian iris (anak mata).
> Penurunan kemampuan pendengaran. Kondisi ini umumnya terjadi pada kes vitiligo yang bersifat keturunan. Melanin berperanan dalam fungsi dan struktur telinga bahagian dalam. Dianggarkan sekitar 15 peratus penderita vitiligo di bawah umur 40 mengalami komplikasi ini.
> Kekurangan pigmen pada mata dapat menyebabkan inflamasi pada bahagian iris (anak mata).
> Penurunan kemampuan pendengaran. Kondisi ini umumnya terjadi pada kes vitiligo yang bersifat keturunan. Melanin berperanan dalam fungsi dan struktur telinga bahagian dalam. Dianggarkan sekitar 15 peratus penderita vitiligo di bawah umur 40 mengalami komplikasi ini.
Bagaimana Pengelolaan Vitiligo ?
Vitiligo tidak dapat disembuhkan. Tujuan pengubatan ialah untuk memperlambatkan proses depigmentasi dan diharapkan terjadi repigmentasi. Jadi pengubatan hanya untuk menghilangkan gejala tompokan putih, bukan menyembuhkan serta pengelolaan dilakukan seumur hidup. Jenis pengubatan sangat tergantung pada jenis, jumlah, ukuran, lokasi dan luas vitilgo :
Perubahan pola hidup dengan hindari paparan sinar matahari kalau perlu lindungi dengan suncreen yang SPF (sun protection factor) minimal 30.
Salf topical antara lain :
salf kamouflase/kosmetik, untuk vitiligo ringan,
salf kortikosteroid,
salf anti sistim imun (Tacrolimus).
Fototerapi, yaitu : Sinar UVB (narrowband ultraviolet B).
Kombinasi krim Psoralen dan fototerapi UVA, (PUVA).
Kombinasi obat oral Psoralen dan fototerapi UVA, (oral PUVA).
Operasi
Cangkok kulit,
Cangkok melanosit.
Tindakan de-pigmentasi. Pada vitiligo yang parah di mana tompok putih sudah melebihi separuh badan, maka proses depigmenatsi bahagian tubuh yang masih normal dengan ubat topikal (monobenzone) adalah solusi yang lebih baik.
Salf topical antara lain :
salf kamouflase/kosmetik, untuk vitiligo ringan,
salf kortikosteroid,
salf anti sistim imun (Tacrolimus).
Fototerapi, yaitu : Sinar UVB (narrowband ultraviolet B).
Kombinasi krim Psoralen dan fototerapi UVA, (PUVA).
Kombinasi obat oral Psoralen dan fototerapi UVA, (oral PUVA).
Operasi
Cangkok kulit,
Cangkok melanosit.
Tindakan de-pigmentasi. Pada vitiligo yang parah di mana tompok putih sudah melebihi separuh badan, maka proses depigmenatsi bahagian tubuh yang masih normal dengan ubat topikal (monobenzone) adalah solusi yang lebih baik.
Bagaimana Prognosis Vitiligo ?
Perjalanan penyakit Vitiligo sangat bervariasi dan sukar dijangkakan. Sebahagian penderita dapat sembuh sendiri tanpa pengubatan. Namun sebahagian besarnya, Vitiligo akan terus meluas sehingga melibatkan kulit seluruh tubuh.
No comments:
Post a Comment