5 Perkara Yang Mesti Ada Pada Kereta Lelaki Untuk Nampak Lebih Bergaya Dan Confident | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

5 Perkara Yang Mesti Ada Pada Kereta Lelaki Untuk Nampak Lebih Bergaya Dan Confident



5 Perkara Yang Mesti Ada Pada Kereta Lelaki Untuk Nampak Lebih Bergaya Dan Confident | kereta sejak zaman datu nenek kita boleh di kategorikan sebagai aset paling bernilai. Sebab zaman dahulu tak ramai yang pakai kereta. Jadi kalau siapa yang pakai kereta lagi-lagi duduk di kampung, mesti di label banyak duit atau dalam erti kata lain, ‘orang kaya’. Kalau tak percaya boleh tanya datuk nenek korang.
Tapi itu cerita dulu. Sekarang kereta satu keperluan wajib dalam kehidupan seharian dan tiada apa yang pelik sebabnya semua mampu miliki kereta idaman mereka. Cuma yang membezakannya ialah kereta jenis apa korang pakai. Kereta sport ke, sedan ke, atau yang paling best kereta import ke?
Screen-Shot-2015-11-16-at-3.33.25-PM-630x415
Itu semua terpulang kepada citarasa masing-masing. Tapi tahu tak sebenarnya ciri-ciri yang ada dekat kereta yang korang pakai itu melambangkan korang jenis pemandu yang macam mana? Lebih-lebih lagi orang lelaki la kan. Ini kami kongsi 5 Perkara Yang Mesti Ada Pada Kereta Lelaki Untuk Nampak Lebih Bergaya Dan Confident.

1. Ada 6 airbags.

airbags-630x355
Kereta yang dijual di pasaran sekarang selalunya datang dengan ciri-ciri keselamatan paling utama iaitu airbags. Ada yang 2, 3 dan seterusnya. Tapi kalau sampai 6 airbags, memang tak dapat dinafikan lagi korang sebenarnya seorang yang sangat mementingkan keselamatan baik pemandu mahupun penumpang.
Soal keselamatan memang tak boleh kompromi. Bukan apa, ada yang tak ambil tahu pun pasal semua ini. Itu belum bercakap pasal Electronic Stability Control (ESC), Anti-Lock Braking System (ABS) dan Brake Assist (BA).
Itu semua terms untuk sistem keselamatan yang patut ada dekat kereta. Jadi balik nanti boleh cari balik manual book masa beli kereta dahulu dan check sistem keselamatan kereta korang.

2. Pakai sport rim 17 inci.

Screen-Shot-2015-11-16-at-3.33.25-PM-630x415
Kereta biasa selalunya hanya menggunakan rim tayar yang bersaiz 14 atau 15 inci sahaja. Namun untuk nampak lebih sporty, elegan dan lebih mengancam ramai yang tukar rim biasa kepada sport rim.
Dah lah pakai sport rim 17 inci, kereta pula siap ada full bodykit yang mantap. Tak lain tak bukan korang memang jenis seorang sukakan kelainan, berani dan paling penting bergaya!
Sebenarnya sport rim bersaiz besar ini bukan buat kereta korang nampak garang je tau, ia juga bagus untuk keselamatan. Bila nak corner tu rasa smooth je sebab ukuran tayar yang lebar buat kereta lebih stabil.

3. Laju dan power.

padu
Pernah tak bila dengar je bunyi ‘ngauman’ kereta yang dipandu laju mesti orang akan cakap “fuh kereta turbo!” Kalau korang memang jenis sukakan kelajuan dan tahu mengenai enjin, korang memang seorang yang berani malah cekap.
Nak drive kereta dalam kelajuan yang tinggi perlu ada skill dan pantas buat keputusan. Namun pastikan kelajuan itu sesuai dengan prestasi enjin kereta korang.

4. Minyak tak pernah pada 1 bar.

ferr-630x493
Jangan cakap tak ada jenis yang macam ni okay! Ramai je yang pantang tengok meter minyak satu bar mesti cepat-cepat cari petrol station berdekatan. Takut kereta mati tengah jalan ke?
Bukan, berdasarkan pemerhatian kami orang yang macam ni sebenarnya sangat menjaga masa dan sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Buatnya tiba-tiba ada hal urgent lepas tu minyak habis. Petrol station pula tak ada, tak ke menggangu masa & jadual kita? Lagi cun kalau dapat kereta yang jimat minyak.

5. Fungsi dalaman moden dan kemas.

jetta-630x318
Pernah tak korang naik kereta lepas tu wujud satu perasaan yang cukup selesa. Rasa selesa, tenang, selamat dan tak nak keluar dari kereta. Tak dapat dinafikan korang seorang yang sangat mementingkan keselesaan dan menghargai perkara yang berada di sekeliling.
Gabungan ruang dalaman kereta yang smart, leather seat, dashboard lengkap dengan sistem terkini mewujudkan suasana dalam kereta yang amat rileks


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.