Amaran kepada baki 250,000 pesalah trafik yang belum lunaskan saman - KPN | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Amaran kepada baki 250,000 pesalah trafik yang belum lunaskan saman - KPN






KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada baki 250,000 daripada 1.7 juta pesalah trafik yang dikenakan saman dalam 'Ops Warta' supaya segera membayarnya sebelum dikenakan tindakan tegas.



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dalam ops terbabit, pihaknya juga menahan lebih 5,000 individu yang dikeluarkan waran tangkap.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen atau daerah terbaik Op Selamat 4/2014 sempena Tahun Baharu Cina di KL Sentral di sini, hari ini.

Ketika berucap, Khalid berkata sebanyak 14,836 kes kemalangan jalan raya dicatatkan dalam operasi itu bermula dari 24 Januari hingga 7 Februari lalu, menurun sebanyak 8.9 peratus daripada 16,287 kes semasa perayaan tahun lepas.

Kemalangan maut juga menurun 14.1 peratus kepada 152 kes kali ini berbanding 177 kes dalam Ops Selamat tahun lepas, katanya.

Khalid berkata: "Sebelum ini kita mengutamakan nasihat dan sedikit penguatkuasaan tetapi ternyata tahun ini dengan meningkatkan penguatkuasaan sebanyak 30 peratus, kadar kemalangan jalan raya dan kemalangan maut melibatkan kereta dan penunggang motosikal semakin menurun." - BERNAMA
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.