DOA SUPAYA DIPELIHARAKAN OLEH ALLAH DARI KEJAHATAN PARA PENJAHAT DAN PARA PENZALIM. | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

DOA SUPAYA DIPELIHARAKAN OLEH ALLAH DARI KEJAHATAN PARA PENJAHAT DAN PARA PENZALIM.





DIPUKUL DAN DIPERKOSA..ADAKAH ANDA KESEORANGAN TANPA PERTOLONGANNYA.  MULAKAN BERDOA DIJAUHKAN DARI PERKARA YANG TAK DINGINI BERLAKU PADA ANDA DAN AHLI KELUARGA.
SURAH AN-NISSA'

"Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat."


Terjemahannya:

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).
SURAH AL-A'RAF

"Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah".


Terjemahannya:

Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".

Dunia semakin maju pesat membangun begitu juga dengan jenayah dan kejahatan manusia pun semakin menjadi-jadi. Hari ini terbaca pasal seorang Datuk ditetak oleh pekerjanya sendiri disebabkan gaji. Sebenarnya perkara itu boleh diselesai secara baik. Tapi manusia semakin jahat dan kejam kerana duit macam-macam boleh berlaku.

Minggu lepas seorang jururawat trauma kerana tiga lelaki cuba menculiknya. Dan jangan biarkan perkara-perkara begini berlaku pada ahli keluarga kita yang sangat kita sayang. Sebagai pelindung, seorang bapa dan abang-abang kenalah jaga ahli keluarga masing-masing dari perkara yang tidak diingini. Ibu atau isteri boleh berdoa. Itu yang termampu sebagai seorang perempuan. Jangan selesa dengan keadaan yang tenang dan harmoni kerana perkara buruk boleh berlaku tanpa diduga.

Selain ayatul kursi dan Ayat 1000 dinar sebagai amalan kita baca setiap kali solat. Baca juga ayat-ayat ini. Ayat-ayat suci Allah lagi banyak dibaca lagi baik kerana Allah SWT Maha Pendengar doa-doa hambaNya. 

Wasallam.

hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.