Pasangan yang dikatakan sedang hangat bercinta, Noh Salleh atau Noh Hujan dan juga penyanyi jelita, Mizz Nina atau Shazrina Azman sah bertunang pada 6 November 2010 yang lalu. Menurut sumber yang boleh dipercayai dan tepat, majlis pertunangan tersebut diadakan secara ringkas dengan dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja. Kata sumber itu lagi...
"Alhamdulillah, majlis itu berjalan dengan lancar di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, Selangor. Tidak sampai 150 orang tetamu yang hadir kerana hanya keluarga rapat sahaja yang dijemput. Setakat ini saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perbincangan yang dibuat antara kedua-dua belah pihak. Cuma mereka akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan," kata sumber itu. -mStar
No comments:
Post a Comment