Filem 2 Alam hanya kutip RM230,000 lebih | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Filem 2 Alam hanya kutip RM230,000 lebih







83 pawagam menayangkan filem 2 Alam, dalam laporan FINAS baru-baru ini dinyatakan bahawa jumlah kutipan filem berkenaan sehingga tarikh 24 November 2010 hanya mencapai sasaran RM230,000, sangat jauh daripada cita-cita asal Dr Rozmey yang menyasarkan kutipan RM40 juta!. Walaupun menerima 1000 macam publisiti daripada akhbar Kosmo & Hmetro, namun publisiti tersebut sekadar melepaskan batuk di tepi tangga apabila dihentaman pelbagai pihak, terutamanya wartawan yang memberikan review negatif berkenaan filem 2 Alam.


Banyak sebab kenapa filem berkenaan sebenarnya 'gagal'. Ada orang kata, filem 2 Alam sebenarnya berkisarkan music video Ramli Sarip dam Amy Search yang berdurasi 86 minit. Macam mana pula Dr Rozmey boleh berani bercerita soal kutipan RM2 juta pada hari pertama tayangan? Sedangkan filem Upin Ipin: Pengembaraan Bermula yang hebat pun perlukan 5 hari untuk mencapai RM2 juta. Semangat tu dah ada, cuma usaha tu kurang sebab tu kot kutipan kureng. Biasalah lumrah kerjaya pengarah.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.