Pelakon, Juhara Ayob langgar orang Myanmar | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Pelakon, Juhara Ayob langgar orang Myanmar



Saya tidak tahu sama ada boleh bawa kereta lagi atau tidak ujar Juhara Ayob yang masih trauma akibat terbabit dalam satu kemalangan maut kira-kira pukul 12.15 tengah hari kelmarin (30/6) di Jalan Kuching dekat Pasar Borong Selayang. Juhara yang masih terkejut dengan tragedi itu sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Selayang Baru ke Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) di ibu kota.



"Saya dalam perjalanan ke ASWARA kerana ada kelas pukul 1 petang, saya tak sedar bagaimana kehadiran mangsa kerana tiba-tiba sahaja saya sudah melanggarnya. Saya masih terkejut dan takut untuk memandu. Bukan sebab kereta saya hancur tetapi kerana mangsa tersebut meninggal dunia di tempat kejadian," jelasnya

Juhara telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar kira-kira pukul 6 petang hari berkenaan. Bagaimanapun, dia yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish berwarna kelabu tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa seorang wanita dipercayai warga Myanmar sedang berjalan kaki telah mengalami kecederaan dalaman dan meninggal dunia di tempat kejadian. -mStar
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.