Zarina Akademi Fantasia 2 Bertatoo? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Zarina Akademi Fantasia 2 Bertatoo?


Ketika lepak di sebuah pusat membeli-belah terkemuka baru-baru ini, C (bukan nama sebenar) nampak Zarina AF berkepit dengan seorang jejaka yang boleh tahan kacak. Pasangan yang kelihatan cukup mesra itu minum di sebuah restoran dan kedudukan mereka tidak jauh dari C. Hmm... nampak gayanya anak jati Johor ini sudah pandai bertatu. Namun C tidaklah terlalu cepat menjatuhkan hukuman kerana tidak pasti tatu itu asli atau sekadar tampal. Maklumlah zaman sekarang, ramai muda mudi suka meniru gaya remaja luar negara yang tidak sesuai dengan budaya kita. Kalau tak sanggup menahan sakit, banyak tatu tampal dijual di kedai tatu.



C bukan nak menyibuk tetapi sebagai artis, sewajarnya Zarina menjaga penampilan. Tambahan pula dia berbangsa Melayu dan beragama Islam, takkan tak tahu kita tidak boleh bertatu? C harap Zarina lebih peka selepas ini dan kalaupun nak bergaya atau mengikut trend semasa, ambil yang mana sesuai saja. Bukan apa, bila namanya artis, pasti jadi perhatian masyarakat dan idola remaja, bahkan golongan ini paling mudah jadi ikutan. hMetro
hanz

hanz

1 comment:

  1. bia la die.. dia kan dah besar.. da leh pikir baik buruk.. :D

    my recent post:
    Germany... aku support kau

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.