Tanpa mood, seks pastinya tidak akan menyenangkan. Ada 6 fakta penting yang membuatkan wanita bosan di ranjang. Gerakan dan hasrat itu penting, tapi masih ada lagi perkara penting yang harus diambil perhatian.
Seenak manapun, seks adakalanya sangat membosankan jika dilakukan dengan rutin yang sama apalagi bagi wanita.
Oleh kerana itu kaum lelaki hendaklah bijak menjaga suasana. Caranya tak sesulit yang anda fikirkan. Ini adalah 6 fakta yang biasanya kerap membuatkan wanita bosan diranjang!
Meminta Izin
Umumnya wanita mengakui lelaki kelihatan lebih seksi jika mereka secara gentleman meminta kebenaran daripada wanita untuk melakukan hubungan seks. Lelaki yang hebat tahu bagaimana cara untuk menyampaikan ajakan seks dan membuatkan wanita ghairah tanpa perlu menyatakannya. Tanpa perlu berkata-kata, tatapan mata nakal atau mimik wajah sudah cukup menjadi penyampai pesanan yang romantik.
Tindakan Anda Mudah Diramal
Anda dan isteri pastinya sering melakukan kegiatan seks sebelum ini. Ini juga sebenarnya menjadi masalah. Salah satu alasan mengapa malam pertama itu sangat 'hot' adalah, anda tidak pernah merasainya sebelum ini. Jika anda ingin terus meningkatkan hubungan seks dengan pasangan menjadi lebih baik, anda perlu memastikan agar hubungan itu sentiasa segar. Jangan takut mencuba perkara baru yang boleh dinikmati bersama. Berikan isteri anda kelainan setiap masa. Misalnya, jika biasanya anda melakukan foreplay selama 5 minit, mungkin 15 minit lebih baik. Sentiasa berikan dia kejutan yang membuatkannya sentiasa ghairah.
Objek Seks
Kebanyakan wanita berpendapat seks tanpa mood sangatlah membosankan. Seks dengan tekanan tinggi boleh mematikan keinginan kerana sering dilakukan. Tidak ada wanita yang ingin diperlakukan seperti boneka. Anda tidak boleh mengabaikan fakta bahawa seorang wanita ingin diperlakukan selembut mungkin. Jangan sekali-kali menganggap pasangan anda adalah objek seks yang boleh diperlakukan sesuka hati.
Lokasi Yang Sama
Jika lokasi yang sama ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan, ini juga akan menjadi satu masalah. Suasana seks yang pada mulanya ghairah boleh terpadam seketika kerana kurangnya sensasi. Mungkin lebih baik anda cuba tempat baru misalnya di kamar mandi, meja dapur, kereta, ruang tamu ataupun di mana saja asalkan privasi anda berdua masih terjaga.
Bersuara, tapi Jangan Terlalu Bebisik
Sesekali mengerang atau mengucapkan kata-kata ghairah akan memberi kesan ghairah terhadap pasangan anda. Tapi, jangan sampai suara anda mengganggu jiran disebelah. Pilihan kata yang sesuai juga akan membuatkan wanita bertambah ghairah.
Tidak Pernah Melakukan Eksperimen
Sekali dua gerakan yang sama mungkin memberi kesan. Namun jika terlalu kerap, akan membosankan pasangan. Cubalah posisi baru, keluarkan fantasi dan mainkan peranan sebaik mungkin. Ungkapkan fantasi anda kepada pasangan dan biarkan aksi berterusan dengan sendiri.
Itulah beberapa perkara yang kerap membuatkan wanita mudah bosan di atas ranjang. Yang perlu diingat adalah, jadilah orang yang spontan dan sukar diduga. Jika anda memang mencintai pasangan anda, elakkan dia daripada bosan di atas ranjang. Pastikan anda dan pasangan saling terikat untuk saling mengisi antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment