Saat lensa tabloid, portal dan majalah hiburan tertumpu pada anda tiada apa lagi yang mampu dilakukan selain berhadapan dengan situasi tersebut. Apa lagi jika pasangan anda adalah selebriti popular!
Ia mungkin sekadar hubungan teman biasa namun percayalah sekali anda dilihat berdua bersama selebriti popular, mahu atau tidak anda pasti akan terkena tempias gosip buta portal atau tabloid hiburan. EH! berkongsi tip sekiranya anda sedang atau bakal berpacaran dengan selebriti.
- Elak membawa imej selebriti dalam diri anda. Jadi diri sendiri dan ingat bahawa selebriti sebenar adalah pasangan anda. Jangan terbawa-bawa aura selebriti yang ada dengan menunjuk-nunjuk atau dalam erti kata lain ‘show-off’ hanya kerana anda berkasih bersama selebriti.
- Memahami kehendak karier pasangan adalah amat penting terutama jika pasangan anda seorang pelakon yang memperuntukkan masa yang lama di lokasi. Dalam hal ini, pembahagian masa yang tepat untuk bersama adalah penting agar tidak wujud konflik berlaku.
- Kepercayaan penting dalam mana-mana perhubungan. Dugaan akan tiba dan anda harus bijak menangani biar apapun perihal yang datang. Gosip liar pasti akan terkena pada mana-mana selebriti pun. Jadi sematkan kepercayaan yang tinggi serta elak daripada terpengaruh dengan gosip-gosip ringan yang hanya akan memburukkan perhubungan.
- Kehidupan sebagai selebriti boleh disamakan dengan pepatah Inggeris ‘larger than life’, namun ingat selebriti juga manusia biasa yang memerlukan masa-masa peribadi. Jadi sebagai pasangan, ini masanya untuk anda memberi ruang dan menjadi pendengar yang baik serta berkongsi cerita sejujurnya.
- Untuk bercinta dengan selebriti pasti ada harga yang perlu dibayar. Selain masa anda juga harus lebih terbuka dengan kehidupan selebriti yang sentiasa dikejar cerita-cerita peribadi. Jika anda tidak selesa diburu wartawan, maka eloklah jika dari awal anda tidak menonjolkan diri bersama pasangan di khalayak ramai atau mengiringi mereka di majlis-majlis glamor.
- Jaga etika anda sebagai pasangan. Elak daripada membuat kenyataan kepada pihak media tanpa pengetahuan pasangan. Bukan apa takut perihal ini akan menimbulkan konflik yang mampu mengeruhkan perhubungan yang dijalin
- Pilih tempat yang lebih privasi kala mahu membuat janji temu. Lokasi tidak semestinya di hotel mewah cukup sekadar restoran eksklusif yang mana kurang potensi untuk anda dan pasangan diperhatikan dari jauh atau diganggu ketika sedang bersama.
- Elak bercerita tentang kerja ketika bersama. Bukan apa, bukankah lebih baik masa yang ada difokuskan kepada perhubungan anda berdua? Ingat, kala anda bersama pasangan elak melayan mereka sebagai selebriti tapi berilah layanan seperti mana yang diamalkan pasangan kekasih lain.
- Mungkin akan wujud momen di mana anda mahukan kesahihan tentang berita kurang senang yang tersebar. Jangan membuat penilaian awal, seeloknya bincang atau ajukan kemusykilan tersebut ketika pertemuan anda bersama pasangan tanpa prejudis.
- Menyedari pasangan anda adalah seorang selebriti yang dikenali, elak daripada berhubung melalui laman sosial. Ini kerana apa yang anda ‘tweet’ atau apa saja pesanan yang anda kirim di laman facebook membolehkan ramai orang membacanya. Jadi, adalah lebih baik jika ia dilakukan secara lebih personal melalui sms atau panggilan.
No comments:
Post a Comment