Ada wanita alergi kepada sperma lelaki? Kolam air panas pula boleh mandulkan lelaki? Ketahui apakah kebenaran di sebalik mitos mengenai sperma lelaki ini.
1. Ia laju dan kuat.
Sebaik lelaki mengalami ejakulasi, ia menyebabkan penghasilan sperma yang banyak dan bergerak ke luar dengan laju.
2. Bertahan lebih lama daripada apa yang anda fikirkan.
Kebiasaannya, sperma boleh hidup di dalam badan (selepas hubungan kelamin dan ejakulasi sempurna) selama 48 jam. Namun, ia juga mampu untuk hidup lebih lama dari itu, ada kalanya sehingga 5 atau 7 hari. Ia bergantung kepada keberadaan mukus yang dihasilkan serviks. Mukus atau lendir itu melindungi sperma dan membantu ia hidup di dalam badan dengan kadar yang lama sepanjang tempoh pengovuman, iaitu ketika waktu anda subur.
3. Kerap seks dan onani tidak mengurangkan jumlah sperma.
Badan lelaki sememangnya dicipta untuk menghasilkan sperma secara semula jadi, seperti wanita dengan darah haidnya. Apabila lelaki kerap ejakulasi, kemungkinan untuk jumlah sperma terhasil kurang itu ada, namun jika jumlah yang terhasil normal dan konsisten, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.
4. Suhu boleh mempengaruhi jumlah sperma.
Menurut kajian yang dilakukan ke atas sekumpulan lelaki di Amerika Syarikat, sperma yang terhasil pada musim panas adalah lebih sikit daripada musim sejuk. Ini membuktikan suhu memainkan peranan penting dalam kualiti serta jumlah sperma yang terhasil. Hubungan intim atau sekadar berehat dalam tab mandi panas atau jakuzi yang bersuhu 104 darjah Celcius boleh menyebabkan jumlah sperma turun mendadak. Jika anda dan pasangan sedang dalam usaha mendapatkan cahaya mata, elak berendam di dalam air panas.
5. Sperma lelaki atau perempuan terhasil sama rata.
Ada mitos mengatakan sperma lelaki ‘berenang’ lebih laju dan ada daya tahan lebih kuat berbanding sperma perempuan. Yang pastinya, penghasilan kromosom X dan Y adalah sama jumlah dan kekuatannya.
6. Alergi sperma.
Ada orang mengatakan segelintir wanita alergi pada air mani atau sperma lelaki yang mengakibatkan radang dan kemerahan alat sulit wanita. Itu adalah perkara yang mustahil. Mungkin ia berkaitan dengan jangkitan kuman di vagina. Apa yang pasti, kes alergi terhadap sperma adalah hal yang pelik dan jarang berlaku. Jika pun anda terbukti didiagnosis alergi kepada sperma, penggunaan kondom boleh membantu.
7. Perjalanan yang jauh.
Penghasilan dan perjalanan yang dilalui sperma sebelum ejakulasi adalah sangat panjang. Sperma terhasil di testikel dan kemudian naik ke epididimis, iaitu tiub berlingkar di belakang testis yang menjadi tempat laluan, simpanan dan pematangan sperma. Kemudian meneruskan perjalanannya untuk percampuran cecair dan sperma yang menjadikannya air mani. Akhir sekali, sedikit lendir ‘ditambah’ di kelenjar prostat ketika ejakulasi yang memudahkan pancutan air mani.
8. Kesihatan lelaki pengaruh kualiti sperma.
Jika ingin diteliti dari sudut kesuburan untuk mendapatkan cahaya mata, jangan hanya menuding jari kepada wanita mengenai hal itu. Lelaki di bawah usia 40 tahun menghasilkan sperma yang lebih berkualiti daripada mereka yang lanjut usia. Dan ia akan jadi lebih sihat jika kaum lelaki tidak merokok, tidak makan sajian terlampau berlemak dan menitikberatkan perihal toksik dalam badan.
No comments:
Post a Comment