Bagiangian Pinjaman Perumahan (BPP) Di Tukar Ke LPPSA Bermula 1 Januari 2016. Menerusi makluman Kementerian Kewangan, Kerajaan Malaysia tidak memberhentikan pinjaman perumahan kepada penjawat awam sebaliknya akan menambahbaik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk kakitangan awam dengan menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi menggantikan BPP. Ini bermakna BPP akan ditukar ke LPPSA bermula 1 Januari 2016.
LPPSA akan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan pinjaman perumahan penjawat awam. LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen dengan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada.
- Untuk menyemak status baki pinjaman kakitangan awam, sila klik SPPB.
Berikut adalah diantara transformasi penambahbaikan BPP ke LPSA bermula 1 Januari 2016 menerusi makluman terkini Kementerian Kewangan:-
TRANSFORMASI BPP KE LPPSA MULAI 1 JANUARI 2016
- Penjawat Awam boleh memohon pinjaman perumahan melalui laman sesawang LPPSA di www.lppsa.gov.my
- Semua dokumen pinjaman perumahan perlu disediakan oleh Panel Peguam LPPSA. Walaubagaimanapun peguam yang bukan Panel masih boleh digunakan dan tertakluk kepada kelulusan LPPSA seperti berikut:-
- a) Bagi Pinjaman Perumahan Jenis 3 di mana Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani pada dan selepas 1 Januari 2015.
- b) Bagi Pinjaman Perumahan Jenis 1,2,4,5,6 dan 7 di mana Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani pada dan selepas 1 Jun 2015.
- Dokumen pinjaman baru akan digunakan di bawah LPPSA.
- Oleh itu dokumentasi pinjaman yang telah diluluskan hendaklah diselesaikan dan diserahkan kepada Pejabat Tanah sebelum 31 Disember 2015.
- LPPSA akan melantik Panel Insuran baru. Semua permohonan pinjaman akan menggunakan Panel Insurans LPPSA yang akan dimuat naik di laman sesawang LPPSA (www.lppsa.gov.my) mulai 1 Januari 2016.
SUMBER : BPP
Kami ingin memberitahu masyarakat umum bahwa JAMINAN KEUANGAN KREDIT PERUSAHAAN saat ini memberikan pinjaman pada tingkat yang terjangkau dari 2% per tahun. Kami memberikan jumlah pinjaman minimal $ 1,000.00 dan jumlah maksimum sebesar $ 100.000.000,00. Jika Anda membutuhkan pembiayaan untuk ekspansi bisnis, tujuan pertanian, pembayaran utang, pinjaman mobil dan pinjaman pendidikan maka kita dapat sangat membantu dan bantuan untuk Anda. Untuk bertanya lebih lanjut tentang program kredit kami kami menyarankan Anda menghubungi email resmi kami tercantum di bawah ini: financialassuranceloans@gmail.com, financialassuranceloans@accountant.com
ReplyDeletehttp://financialassuranceloans.bravesites.com/