(kesihatan) Apa itu polip rahim ? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(kesihatan) Apa itu polip rahim ?



Entri kali ini admin cuba jelaskan permasalahan yang berkaitan dengan ini terutamanya bagi pasangan suami isteri yang menghadapi masalah ketika melakukan persetubuhan di mana si isteri mengalami pendarahan.
sistem reproduksi wanita
Apa itu polip ?
Mungkin anda tertanya-tanya, apa sebenarnya penyakit polip ? Polip adalah merupakan tisu-tisu yang tumbuh secara tidak normal yang boleh ditemui di mana-mana organ yang mempunyai saluran darah. Kebiasaannya ia boleh ditemui di usus, hidung atau uterus (rahim). Kebanyakan polip-polip bukanlah kanser (benign). Walau bagaimanapun, oleh kerana polip merupakan sel tidak normal yang tumbuh, maka akhirnya ia boleh juga menjadi barah / kanser (Malignant)
Apa itu polip rahim ?
Polip rahim adalah ketumbuhan sel-sel yang tidak normal melekat di dinding rahim (bahagian dalam) yang boleh merebak ke rongga rahim. Bertambahnya sel-sel tidak normal yang tumbuh di dinding rahim (endometrium) ini akan membawa kepada pembentukan polip-polip rahim. Polip-polip biasanya bukan kanser (benign) walaupun sesetengah daripadanya boleh menjadi barah atau pun akhirnya bertukar menjadi barah.Saiz polip rahim adalah di antara dari beberapa milimeter …… tidak besar dari sebiji bijan hingga ke beberapa sentimeter …. Sehingga sebesar bola golf atau lebih besar lagi. Ia melekat pada dinding rahim dengan tapak besar atau tangkai yang nipis.
Anda boleh mempunyai satu atau banyak polip rahim. Biasanya mereka kekal terkandung dalam rahim anda tetapi kadangkala boleh tergelincir ke bawah melalui pembukaan rahim (serviks) ke dalam faraj anda.. Polip rahim biasanya berlaku di kalangan wanita yang akan melalui atau telah menamatkan menopause (peri- dan wanita putus haid), walaupun wanita lebih muda juga boleh dapat polip tersebut di mulut/ pintu rahim di faraj anda.
Kenapa boleh tumbuh polip di rahim ? Apakah polip rahim berbahaya ? Lalu bagaimana jika polip rahim terjadi pada ibu hamil ?
Fahamilah tentang penyakit polip rahim berikut ini :
Polip adalah pertumbuhan jaringan epitel berlebihan yang boleh terjadi di salah satu organ tubuh, salah satunya di rahim. Dan polip tersebut samada boleh bersifat jinak ataupun ganas. Penyebab tumbuhnya polip rahim ini disebabkan oleh meningkatnya kadar hormon estrogen. Polip rahim dapat tumbuh di mulut rahim ataupun di rongga rahim, dan penyakit ini dapat dialami oleh ibu hamil atau terjadi pada ibu hamil yang dapat menghambat proses persalinan kelak jika polip tersebut berukuran besar.
Pada dasarnya penyakit polip rahim ini tidak terlalu berbahaya dan tidak mematikan, hanya saja penyakit polip rahim ini sangat mengganggu sekali, kerana sering menimbulkan perdarahan setelah melakukan hubungan seksual dan kerap kali menimbulkan rasa sakit dan menstruasi yang tidak teratur. Tidak hanya itu, polip rahim ini berpotensi menjadi tumor (ketumbuhan) ganas mematikan jika tidak segera ditangani dengan tepat dan cepat, meskipun penyakit polip rahim ini tidak berbahaya.
Bagaimana ciri-ciri penyakit polip rahim itu ? Apakah polip rahim sama dengan kanser rahim ?
Jika anda bertanya mengenai apakah penyakit polip rahim ini sama dengan kanser rahim ? Jawapannya jelas berbeza, meskipun di antara gejala keduanya hampir sama, namun sebenarnya kedua penyakit tersebut sangat berbeza.
Berikut ini ciri-ciri atau gejala penyakit polip rahim, antara lain adalah :
> Terjadinya perdarahan di luar haid yang warnanya lebih terang dari darah haid.
> Pendarahan menstruasi yang tidak teratur, misalnya sering mengalami keadaan haid (waktu menstruasi) yang lama namun tidak terduga.
> Keadaan haid yang terlalu lama.
> Pendarahan pada vagina setelah menopause.
> Pendarahan setelah melakukan hubungan seksual.


> Kemandulan – polip rahim boleh terjadi sebelum atau sesudah menopause.



Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.