Permohonan Pendaftaran Rumah Selangorku Online. Duduk di bandar memang sukar untuk memiliki rumah sendiri kerana harganya yang mahal. Justeru itu, rakyat Selangor yang berpendapatan rendah serta sederhana dan ingin berhasrat memiliki kediaman sendiri disarankan untuk membuat Permohonan Pendaftaran Rumah Selangorku Online menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Kategori Rumah Selangorku termasuk Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampumilik. Dianggarkan sebanyak 750,000 unit rumah mampu milik akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam tempoh lima tahun bermula tahun 2015.
Bagi mereka yang berminat berikut adalah cara-cara membuat Permohonan Pendaftaran Rumah Selangorku secara Online beserta syarat-syarat kelayakan pemohon.
Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Rumah Selangorku
Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di Laman Web LPHS atau memuat turun/ download borang permohonan juga di laman web LPHS di Selangorku
Syarat-syarat Kelayakan Permohonan
Syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku adalah seperti berikut:- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;Pendapatan kurang dari RM3,000.00 untuk permohonan Rumah Jenis A
- Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
- Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
- Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
- Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan
- Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
- Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut semasa menghantar borang permohonan:- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
- Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan;
- Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
- Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
- Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
- Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
- Penyata KWSP (jika ada); dan
- Salinan bil air atau bil elektrik.
No comments:
Post a Comment