Ini adalah petua-petua pantang larang orang-orang dahulu untuk elakkan lemah tenaga batin. Dari pengalaman mereka eloklah kita ikut sebagai garis panduan. Suami yang lemah tenaga batin, rumahtangga tidak bahagia walaupun mempunyai duit berjuta-juta. Kadang-kadang kasihan kepada si isteri kerana tidak mendapatkan kenikmatan dan kepuasan dalam perhubungan seks. Seks adalah penting dalam kehidupan berumahtangga.
Selain ada alternatif lain seperti mengambil ubat seperti viagra dan herba tradisional lain bagi mengatasi masalah lemah tenaga batin elok kita ikut petua-petua ini yang dianggap remeh tapi adalah penting. Kepada lelaki yang sederhana tenaga batinnya, eloklah baca mungkin diantara petua-petua ini telah menjadi amalan untuk sekian lamanya. Jangan sampai suatu hari nanti anda akan mati pucuk. Itulah trauma bagi seorang lelaki.
Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin.Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.
Diantara pantang larang.
1.Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.
2.Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
3.Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.
4.Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima’.
6.Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
7.Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.
8.Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
9.Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
10.Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.
11.Jangan amalkan onani kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
12.Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
13.Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
14.Jangan jima’ di dalam air.
15.Jangan terus minum air selepas jima’, rehat dahulu 15 minit.
16.Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
17.Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
18.Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.
19.Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.
Petua orang-orang dulu adalah pengalaman mereka untuk kita renungkan dan kata perpatah "Petua itu lebih dari Ilmu".
No comments:
Post a Comment