15 TIPS ERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

15 TIPS ERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI




1. Mengemas rumah
Pada hujung minggu, anda ajak pasangan anda untuk mengemas rumah bersama – sama. Lakukannya secara bekerjasama dengan pasangan anda. Anda berdua akan lebih rapat kerana anda berdua meluangkan masa bersama – sama ketika mengemas rumah. Ketika inilah anda boleh bekerjasama dengan dia.



2. Merancang masa depan bersama – sama
Anda duduk bersama – sama dengan pasangan anda dan rancang masa depan untuk anda berdua. Tanya impian pasangan anda dan jadikan impian dia sebagai impian anda juga. Anda akan jadi lebih rapat kerana anda berdua mempunyai matlamat yang sama.

3. Mandi bersama – sama
Jika ada masa, anda boleh mandi bersama – sama dengan pasangan anda. Ketika mandi, anda bersihkan badan pasangan anda dan dia membersihkan badan anda. Lakukannya dengan romantik dan seronok.

4. Berjalan berpegangan tangan
Ketika di tempat umum, anda berdua jalan berpegangan tangan. Jangan lepaskan tangan walaupun sekejap.

5. Dating sex
Tentukan hari – hari tertentu untuk melakukan hubungan seks. Dengan ini, anda berdua akan lebih bersedia. Jika anda atau pasangan anda mahukan seks pada masa yang lain, teruskan sahaja. Cuma jadual ini perlu ada supaya anda berdua kerap melakukan hubungan seks. Seks boleh merapatkan hubungan suami isteri.

6. Bercuti bersama – sama
Ada peluang sahaja, anda berdua pergi bercuti. Jika ada anak, bawalah sekali tetapi anda tetap fokus pada pasangan anda.

7. Mengorat sesama sendiri
Walaupun sudah berkahwin, jangan berhenti menggatal antara satu sama lain. Ada peluang, anda mengorat pasangan anda seperti biasa.

8. Masak bersama – sama
Masak bersama – sama dan ketika makan, anda suap pasangan anda. Ia sungguh romantic dan akan merapatkan hubungan antara anda berdua.

9. Explore perkara baru bersama – sama
Anda ajak pasangan anda untuk mencuba sesuatu yang belum pernah anda cuba seperti memanjat gunung, belajar menari dan sebagainya. Anda berdua pasti akan lebih rapat.

10. Berdua – duaan pada setiap hari
Sebelum tidur misalnya, anda luahkan segalanya pada pasangan anda. Anda juga dengar apa yang pasangan anda cakapkan. Jangan simpan rahsia. Sambil berpelukan anda berdua luahkan perasaan masing – masing.

11. Menonton wayang atau movie di rumah
Rehatkan minda anda dengan menonton movie sama ada di rumah atau di wayang. Berehat bersama dengan pasangan anda. Jika di rumah, anda boleh menonton movie sambil berpelukan.

12. Ciuman sayang
Ada sahaja masa terluang, anda boleh mencium sayang pasangan anda. Cabar dia untuk mencium anda juga.

13. Berkebun bersama – sama
Di waktu petang, anda boleh berkebun dengan pasangan anda. Aktiviti ini akan mengajar anda berdua erti kesabaran. Ini kerana, bukan senang hendak membebarkan sesuatu pokok.

14. Bersembahyang bersama – sama
Setiap kali masuk waktu, sembahyang bersama – sama. Kemudian, saling bersalaman dan bermaafan – maafan.

15. Menjadi sukarelawan bersama – sama
Ada masa anda boleh menjadi sukarelawan bersama – sama. Misalnya melakukan kerja kebajikan di rumah anak yatim dan sebagainya.


Banyak perkara yang kita boleh buat bersama-sama….Jadikan ianya perkara yang seronok apabila kita melakukan bersama-sama suami atau isteri.

Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.