APAKAH MAKNA CINTA?
Syukur alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah. Ia adalah sebenar-benar cinta. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan Allah. Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan Allah.
Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah.
Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama menuju jalan-Nya
Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.
Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah melebihi cinta kepada kita!
Alhamdulillah. Jika kita dikurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak Namun, sejauh mana si dia mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata?
CINTA PLASTIK!
Bagaimana kalau si dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut?
Dia mungkin cintakan kita kerana kita ini cantik. Tubuh kita ramping yang menggiurkan atau kacak yang mempesona dan sedap memandang.
Dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu dan merangsang.
Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang cantik dan jelingan mata yang menggoda.
Dia mencintai kita mungkin kerana kepandaian kita, kerana kehebatan kita.
Dia mungkin mencintai kita kerana populariti dan jawatan yang kita ada.
Dia menyintai kita mungkin kerana wang dan harta kita, atau kerana karier , status dan ‘siapa’ kita yang membanggakan atau macam-macam lagi sebab.
Mungkin juga setelah nikmat sementara ini ditarik, dia pergi meninggalkan kita selama-lamanya!
Dari mata jatuh ke hati. Bahayanya mata bila memandang ke arah keburukan dan dosa sebagai nikmat dan keseronokan. Hati pula semakin lama semakin gelap. Bila hati gelap, benda salah dikatakan betul. Jiwa dan akal tidak dipandu oleh iman tetapi dikuasai sepenuhnya oleh nafsu.
Perasaan cinta yang pada awalnya bersih dan naif bertukar menjadi wajah kotor yang dipenuhi dosa dan noda. Benda haram telah menjadi halal.
Bila tersentuh sekali "Oh! Maaf ye tak sengaja". Bila banyak kali tersentuh "Eh! Lembutnya kulit awak. Awak pakai apa ye?" Bila lama-lama "Awak, nak pegang tu boleh???"
Dalam satu ungkapan ulama :
"Betapa banyak syahwat yang dilampiaskan hanya bebarapa detik. Mewariskan kedukaan yang sangat lama. Lalu memberi kehinaan dan kepapaan.'
Cinta hanyalah pinjaman. Nikmat rasa bercinta, mencintai dan dicintai juga suatu pinjaman. Bila dikata nikmat, sudah tentu Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja. Namun, jika Allah telah tetapkan dia milik kita. Segala-galanya akan berjalan dengan lancar dan tidak disangka-disangka. Itupun dengan cara yang halal.
Jangan hanya kerana cinta yang TIDAK PASTI BERNILAI, maruah yang PASTI BERNILAI sanggup digadaikan!
No comments:
Post a Comment