Kemana Halatuju Baju Lama? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Kemana Halatuju Baju Lama?


Almari baju hampir nak penuh, tapi masih menambah koleksi. Kadang-kadang ada sesetengah baju yang tak buka tag lagi! Terperuk sahaja dalam almari tu. Mana tidaknya, lepas beli, terus campak dalam almari. Tu yang lupa ada baju baru tak pakai lagi! Sampaikan baju itu dah habis zamannya. Jadi apa perlu kamu buat?





Ubah Suai (Alter)
Untuk pakaian yang lama, mungkin ada lagi yang masih boleh dipakai. Kata orang, koleksi vintage. Mungkin ada beberapa bahagian yang tidak suai, dapatkan nasihat dari orang lain seperti teman-teman, ubah suai baju tersebut. Dari lengan panjang ke lengan pendek, yang labuh boleh kamu singkatkan, bergantung kepada keperluan semasa kamu.

Simpan Dengan Elok
Jangan dibuang pakaian yang masih elok! Putaran fesyen sekarang, selalunya akan balik semula ke zaman lalu. Fesyen lama akan diberi nafas baharu. Namun jika kamu punya koleksi yang hebat, apabila tiba waktunya, pasti pakaian kamu menjadi paling berharga. Simpan pakaian dalam beg plastik untuk mengelakkan dari berhabuk atau digigit lipas. Habuk mampu merosakkan kain kamu! Selain disimpan untuk dipakai masa akan datang, siapa tahu ia boleh diberikan kepada anak kamu bila mereka besar nanti.

Golongan Yang Memerlukan
Jika ada pakaian yang kamu tidak perlukan lagi dalam almari, pilih pakaian yang masih elok, basuh dengan bersih dan bungkuskannya. Berikan kepada mereka yang memerlukan. Sekurang-kurangnya kamu melakukan kebajikan untuk orang lain. Tapi ingat, jangan berikan pakaian yang terlalu lusuh dan koyak.

Kain Buruk
Untuk pakaian yang sudah terlalu lusuh dan buruk, daripada kamu buang begitu sahaja, apakata dibuat sebagai kain buruk. Setidak-tidaknya kamu telah jimat dan tak perlu beli napkin untuk lap tangan atau kain lap meja.

Jual
Akhir sekali, apa yang boleh kamu buat dengan pakaian lama, pilih mana-mana pakaian yang masih elok dan jual dengan harga yang berpatutan. Setidak-tidaknya kamu akan dapat pulangan sedikit dari hasil jualan itu.


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.