Rutin pengajaan mahkota anda sama ada berhijab ataupun tidak adalah sama pentingnya. Sama ada terlalu taksub menggunakan aneka produk atau tidak menjaganya langsung antara faktor yang mungkin mensabotaj kesihatan rambut anda. Ketahui jika amalan harian anda adalah penyumbang kepada rambut gugur dan kurang bermaya itu.
Tak tahu jenis rambut
Mungkin anda tahu rambut anda kerinting atau lurus tetapi ramai yang tidak tahu keperluan rambut pula sama ada perlukan lebih minyak atau lembapan atau sebaliknya.
Minum lagi banyak air
Tentu anda dah dengar fasal minum air lebih dari yang sepatutnya tetapi minum airlah yang dapat menyuburkan rambut. Secara tidak langsung ia melembapkan akar rambut dan memberikan sinar pada setiap helaian.
Menggunakan produk yang salah
Apabila tidak memahami jenis rambut, muncul pula masalah menggunakan produk yang tidak sesuai dengan rambut yang dimiliki ini. Ramai juga yang terperangkap dengan periklanan yang mendorong anda untuk mencubanya kerana menjanjikan rambut ikal berkilauan tanpa menghiraukan kesesuaiannya.
Cara sikatan kasar
Menyikat rambut kusut sebenarnya menyumbang kepada keguguran rambut. Sebaiknya cuba sikat ketika rambut basah terutama bagi rambut yang kerinting.
Terlalu banyak produk
Bagi yang obses dengan penjagaan rambut akan menggunakan bermacam-macam produk yang kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang merosakkan lagi tekstur rambut.
Tak jaga langsung
Ada juga yang tidak hiraukan penjagaan rambut pula kerana sikap sambil lewa seperti guna saja syampu yang ada depan mata dan tak payah keringkan rambut atau menyisir kemas rambut yang dibiarkan kusut masai antara penyumbang rambut mudah rosak.
Risaukan perkara yang remeh
Ramai yang merungut dengan rambut yang lambat panjang tetapi sebaliknya anda patut beri tumpuan kepada kesihatan rambut dan membelainya dengan mengetahui cara penjagaan yang sesuai. Dapatkan nasihat dari pendandan yang betul-betul pakar dan ikhlas mengenai pendapatnya dan bukan sekadar menjual produk salun yang boleh mencecah ratusan ringgit!
No comments:
Post a Comment