Petanda Cinta Tiada | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Petanda Cinta Tiada




Hubungan percintaan yang sudah bertahun-tahun bertaut kadang kala tidak disedari bahawa keindahannya sudah tidak sehebat dahulu. Ketahui petanda-petanda bahawa cinta tiada lagi antara kalian berdua.


1. Tiada lagi rasa hormat kepada pasangan
Secara personal, anda selalu menganggap kekasih adalah insan yang paling baik pernah anda temui. Namun, jauh di sudut hati tiada lagi rasa kagum dan rasa bangga kerana memilikinya. Anda seakan jelik dengan kehadirannya di sisi dan tidak pernah ingin melayan dia dengan baik demi menjaga perasaannya seperti dahulu.

2. Masa bersama adalah membosankan
Jika dahulu, sehari tidak berjumpa seakan bertahun resah rasanya. Tetapi kini, setiap kali dia ajak keluar, ada saja alasan yang diberi untuk tidak bersamanya. Tiada lagi perbualan mesra dan anda ketandusan idea untuk memula bicara.

3. Segalanya menjengkelkan!
Apa saja yang dia lakukan bisa bangkit rasa benci dan marah pada dirinya. Semua serba tidak kena. Ada saja yang salah di mata anda. Jika berselisih faham, anda tidak akan segera memujuknya dan hanya membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

4. Beralih arah
Jika sudah sayang, perhatian dan keinginan tertumpu hanya kepada dia seorang. Namun apabila rasa itu sudah semakin pudar, anda tegar mencari rasa kasih itu daripada orang luar. Tanpa pengetahuan si dia, anda mempunyai hubungan sulit dan menganggap tidak salah atau takut untuk melakukannya. Malah, anda tidak kisah jika si dia juga punyai hubungan lain.

5. Tiada perhubungan secara emosi
Apa juga yang dia lakukan, anda tiada minat untuk mengetahuinya. Jika duduk berdepan, mata tidak lagi bertaut mesra. Seorang pandang ke kanan, seorang pandang ke kiri. Anda tidak berminat dengan apa juga yang dia bicarakan.

hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.