Cinta Baru Shah Jaszle? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Cinta Baru Shah Jaszle?


Nama pelakon yang masih berhadapan kes khalwat, Shahrizal Jaszle kembali hangat selepas gambar mesra bersama seorang gadis yang juga pemilik akaun Instagram hanis_husna perkatakan ramai. Daripada empat keping gambar dan status dimuat turun gadis berkenaan, ia seakan bukti perasaan cintanya terhadap tunang kepada Redzwani Puteri yang sebelum ini mendakwa kepercayaan terhadap Shahrizal tidak mungkin berubah.


Sudah pasti ‘drama’ terbaru ini mengundang rasa curiga pemerhati dunia hiburan yang tertanya-tanya apa ‘permainan’ aktor terbabit memandangkan ibu bapa bakal doktor itu sudah memberi lampu hijau walaupun calon suami anak mereka disabit kes memalukan bersama orang lain. Sudah pasti individu di dalam gambar itu bukan Redzwani mahu pun gadis yang ditangkap khalwat dengannya.

Lebih mengejutkan apabila hanis_husna ini bukan hanya secara terbuka melayangkan ucapan ‘I love you @shahzjaszle malah menyatakan aktor itu sudah putus tunang.
Di pihak lelaki itu pula, tanpa berselindung dia membalas pertanyaan seorang rakan mereka dengan menegaskan gadis berkenaan adalah kekasihnya. Setakat ini Redzwani Puteri dan Shahrizal tidak dapat dihubungi namun ada pengikut laman sosial mendakwa tunangnya turut memberi komen tetapi sempat dipadam.

Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.