(GAMBAR) Aqasha Kini Suami Noor Baizura | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(GAMBAR) Aqasha Kini Suami Noor Baizura

Aqasha kini sah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri. Foto The Star Oleh SHAARI CHE MAT
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Firdee Aqasha Rosli, 28, sah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri, 27, dengan sekali lafaz di Lake Fields, di sini.
Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Pauzi Ilias dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Mohd Sabri Awang pada pukul 3.25 petang, Ahad.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80, wang hantaran RM20,000 dan seutas rantai emas putih.
Majlis pernikahan tersebut berkonsepkan dalam taman yang direka oleh Butik Pengantin Tepak Sirih.
Kedua-dua mempelai sama cantik sama padan ini mengenakan pakaian pengantin berwarna kuning. Pengantin perempuan disolek dan didandan oleh Shegar.
Majlis tersebut dihadiri oleh 300 tetamu iaitu ibu bapa, keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak pengantin termasuk rakan artis.
Mereka adalah Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Khir Rahman.
Majlis resepsi pihak lelaki dijangka akan berlangsung pada 25 Disember ini di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks dan Kebudayaan Shah Alam.
hanz

hanz

1 comment:

Related

Powered by Blogger.