(TERKINI) Gambar Lokasi Pembunuhan | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(TERKINI) Gambar Lokasi Pembunuhan






Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, mengesahkan semua suspek disyaki terbabit dalam pembunuhan empat mangsa itu dan menegaskan lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Selain pengakuan mereka, polis juga memperoleh petunjuk kukuh jutawan itu dan tiga rakannya adalah mangsa pembunuhan berdasarkan penemuan beberapa barangan peribadi milik mereka daripada suspek dan di tempat kejadian.

Ia termasuk penemuan seutas jam tangan mewah yang dipakai pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu ketika dilaporkan hilang daripada suspek utama.

“Hasil soal siasat suspek, mereka membawa polis ke pusat ternakan itu yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit milik suspek utama di mana semua mangsa dibunuh.

“Pemeriksaan lanjut polis menemui tempat pembakaran, termasuk kesan dan bau kuat petrol, selain sisa pembakaran dipercayai sisa mayat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Bakri sebelum itu meninjau lokasi tempat pembunuhan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Banting.

Dua suspek yang berpakaian lokap polis turut dibawa ke tempat kejadian pagi semalam bagi membantu siasatan.

Ketika diminta menjelaskan keadaan di tempat pembunuhan, Mohd Bakri berkata ia dikelilingi tembok, ada pokok kelapa sawit serta beberapa kandang kambing dan bangsal lembu.

“Orang luar tidak akan dapat lihat sekiranya apa-apa berlaku di sebalik tembok itu,” katanya.



Beliau berkata, pengesahan rasmi identiti semua mangsa hanya akan dibuat selepas mendapat laporan penuh pasukan forensik dan Jabatan Kimia yang masih mengumpul bukti, termasuk sisa mayat, abu dan tulang di tempat pembunuhan dan Sungai Panchau.

Sementara itu, masalah perniagaan yang turut membabitkan soal kewangan menjadi motif pembunuhan Sosilawati.

Sumber itu juga berkata, berlaku transaksi wang dari akaun Sosilawati kepada akaun salah seorang suspek ditahan sepanjang tempoh Sosilawati hilang.

“Suspek utama dipercayai bertindak sebagai broker dalam urus niaga tanah dan diperkenalkan kepada Sosilawati oleh seseorang yang rapat dengannya.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.