Siti Nurhaliza : Pak Lah pemimpin lemah-lembut dan berbudi pekerti | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Siti Nurhaliza : Pak Lah pemimpin lemah-lembut dan berbudi pekerti



Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang dihubungi semalam memuji keperibadian Pak Lah dan menyifatkan beliau sebagai pemimpin lemah-lembut dan berbudi pekerti.

“Sebagai bekas pemimpin yang saya hormati selepas pernah beberapa kali berjumpa dan bercakap secara peribadi dan seperti yang semua kenali, dia merupakan seorang yang ‘down to earth’, berhati mulia, mesra rakyat dan melayan tetamu dengan baik.

“Sampai satu masa beliau perlu mengundurkan diri, banyak kenangan yang beliau tinggalkan buat kita.

“Beliau bukan sahaja seorang Perdana Menteri yang pendiam tetapi juga seorang yang lemah-lembut dan berbudi pekerti.

“Saya juga tidak akan lupakan pengalaman ketika bersama dengan pemimpin lain.

“Pak Lah mempunyai cara pemerintahannya tersendiri.

“Sebagai rakyat Malaysia dan mewakili artis, saya mendoakan semoga kehidupan Pak Lah lebih dirahmati.

“Sebelum ini beliau telah melalui satu tempoh berkhidmat untuk rakyat tetapi selepas ini, bolehlah beliau menikmati kehidupan untuk diri-sendiri pula.

“Kita sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagiaan Pak Lah,” ujar Siti yang baru selesai menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru pada 1 April lalu.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.