Petua Hilangkan Bau Hangit Nasi | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Petua Hilangkan Bau Hangit Nasi





Nasi merupakan makanan ruji yang penting dalam masyarakat kita, kualiti nasi yang di masak oleh kita penting dalam menambat hati suami terutama kita kaum isteri. Pada yang baru belajar memasak mungkin pernah mengalami nasi bau hangit kan? Jadi bagaimana cara menghilangkan bau hangit pada nasi?


Baiklah di sini ada petua hilangkan bau hangit nasi yang mudah untuk kita ikuti.
1. Cili kering :
Cili kering yang telah dibasuh dalam dua tiga tangkai dimasukkan terus ke dalam nasi tersebut dan biarkan seketika.
2. Garam :
Jika bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, takder bau hangit tu.
3. Daun pisang :
Daun pisang, letakkannya menutupi permukaan atas nasi dan biarkan seketika.
Petua hilangkan bau hangit nasi ini mudah untuk kita buat, terutama untuk yang baru belajar memasak tu memang harus mengetahui tips penting ini. Selamat mencuba dan InsyaAllah berhasil.


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.