4 Kelebihan Buah Belimbing Buluh | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

4 Kelebihan Buah Belimbing Buluh






4 Kelebihan Buah Belimbing Buluh | Buah Belimbing Buluh memang enak jika di masak bersama masak lemak cili api, manakala orang di daerah negeri Pahang kebiasaanya mengunakan Belimbing Buluh untuk di jadikan resepi Sambal Hitam. Kita hanya mengenali Belimbing Buluh sebagai salah satu rencah untuk di buat bahan dalam masakan, tetapi mungkin tidak ramai yang tahu Belimbing Buluh mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan yang menakjubkan.


Berikut adalah 4 kelebihan Buah Belimbing Buluh yang sangat berguna untuk kesihatan selain dari enak di masak.

4 Kelebihan Buah Belimbing Buluh

1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila di giling halus dan di lumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.
2. Jika di rebus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya di rebus dan di tapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.
3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.
4. Untuk bayi yang di serang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.