Jika anda berpisah dengan buah hati, ada banyak lagu, buku dan filem untuk menenangkan hati. Tetapi bagaimana pula jika anda ‘berpisah’ dengan teman baik iaitu orang yang paling anda perlukan, tidak lagi bercakap dengan anda? Usah risau! Mungkin anda kemungkinan anda berbaik kembali. Di sini kami membantu anda bagaimana untuk menangani masalah ini secara matang.
Jangan mengumpat
Walaupun anda bergaduh dengan teman baik, elakkan mengumpat tentang dia dengan orang lain. Malah, anda harus elak mengemaskini status yang mungkin menyakitkan hati di laman sosial. Anda harus ingat bahawa bukan anda seorang sahaja yang sedih dan marah, mungkin dia juga berasa perkara yang sama. Drama tidak membantu anda memulih kembali hubungan yang sudah lama terjalin.
Dengar
Sesetengah orang apabila mula marah dan sedih, mereka elak mendengar kata-kata orang lain kerana merasakan diri mereka betul. Anda harus cuba memberi peluang kepada teman anda untuk meluahkan perasan walaupun kata-katanya menyakitkan hati. Mungkin dia mempunyai sebab-sebab tertentu yang anda tidak tahu sebelum ini.
Elak berdendam
Situasi apabila teman baik bergaduh mungkin berbeza tetapi jika pergaduhan anda tidak lagi dapat dipulihkan, elak berdendam dengan teman anda. Curahkan tenaga dan amarah anda dengan perkara yang boleh membuat anda sibuk seketika. Masa pengubat duka namun dendam memakan diri.
Buka buku baru
Memulakan persahabatan baru dengan orang lain mungkin agak janggal kerana anda perlu memulakan proses berkenalan dari mula. Anggap ini sebagai satu cabaran buat anda untuk mengenali dunia dengan lebih dekat. Dengan ini anda mungkin dapat memahami diri sendiri dengan lebih baik dan mengapa anda bertindak demikian terhadap teman baik sebelum ini.
No comments:
Post a Comment