Cadangan Bentuk Cincin Pertunangan | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Cadangan Bentuk Cincin Pertunangan




Mungkin ada antara kamu yang sedang merancang untuk mengadakan majlis pertunangan awal tahun ini. Selain dari senarai semak untuk majlis tersebut, mungkin ada yang buntu tidak tahu untuk memilih cincin yang sesuai untuk dijadikan sebagai cincin pertunangan.




Kebiasaannya orang memilih cincin belah rotan untuk dijadikan sebagai cincin pertunangan kerana bentuknya yang polos dan tidak sarat dengan batu permata. Terpulang kepada individu samada sukakan emas putih atau emas kuning.

cincin-pertunangan-1

Jika kamu gemarkan cincin yang mempunyai batu permata, boleh memilih batu yang ditanam kedalam cincin atau dihias dikelilingnya. Bergantung kepada bajet cincin kamu. Cincin sebegini sesuai dipadankan dengan cincin kahwin yang mempunyai batu permata sebiji.

cincin-pertunangan-2

Ada juga yang menggemari cincin yang sedikit sarat dengan batu permata. Ada pelbagai pilihan bentuk yang menarik buat kamu antaranya, princess cut, pear cut, heart shape, dan tentunya round cut.

Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.