Bacalah wahai Perempuan : Siapa Itu Lelaki? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Bacalah wahai Perempuan : Siapa Itu Lelaki?



Bacalah wahai Perempuan : Siapa Itu Lelaki?

Aku tujukan soalan ini untuk kaum Hawa a.k.a Perempuan. Tak kisah ah ape pon panggilan bagi kau, pempuan ke, muslimat ke, wanita ke, akak ke, mak we ke, dare ke mahupun jande atau balu, aku nak tanye : SEJAUH MANA ANDA MENGENALI LELAKI?



Buat anak gadis yang comel mahupun sedikit comel yang berada di luar sana, bilakah kali terakhir anda bertanye kepada AYAH kesayangan anda mengenai dirinya? Atau buat isteri yang sedar dia berlaki, bilakah kali terakhir anda bertanye kepada 'ayang' anda mengenai dirinya?

Menurut ensikopedia seluruh manusia, LELAKI ialah salah satu daripada dua jantina yang terdapat di dunia selain perempuan. Seorang manusia biasa mampu membezakan susuk tubuh LELAKI daripada perempuan, sekiranya dia betul adalah manusia. Namun LELAKI yang tidak sasa tubuhnya, pandai memasak, berkebun dan menonton Wanita Hari Ini tidak termasuk di dalam golongan perempuan. Harap Maklum.


(1) Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Diorang lagi suka gadis yang pembersih dan kemas. Kalau gadis tu pon pengotor, apatah lagi laki tu? Kalau gadis tu dibuat bini, in sha Allah rumah laki tu bersih. Rumahtangga pon bahagia selalu.

(2) Lelaki benci kekasih di'ngurat'. Diorang pon nak gak ngurat aweks lain, but laki SETIA beb!

(3) Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda. Tu lelaki biase, kalau playboy mungkin sesaat suku kot?

(4) Ketika seorang lelaki berkata dia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia. Jadi kau jangan tanye "knape awak tak paham saya", tapi tanye ah "ape yang perlu saye buat?".

(5) "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap. Kalau kau dengar ade bunyi pelik, maknenye tu bunyi perut laki yang bertanye tu, lapar. Hurm, tapi jangan buat, dose (terase).

(6) Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang. Pengalaman aku beb! Serius aku serius! Why so serius?

(7) Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda. So aku mohon, tolong ah jangan buat perangai buruk kau ok? Please?

(8) Lelaki cair bila melihat senyuman gadis. Ais krim akan cair kalau kena sunlight. Camtu ah signifikannye statement itu. Auw! Jangan senyum sebarangan!

(9) Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu. Kalau kau nampak ade sorang 'mamat' ni macam pelik je perlakuan die, paham-paham ok? Jangan loading sangat!

(10) Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda. Ape ah pempuan camni? Dah takde topik lain ke? Hurm, dia dah susah payah nak tackle hati kau, so sila ingat die sahaja ok?

(11) Lelaki juga boleh menangis! Jangan PANDANG HINA lelaki yang menangis (aku nangis gak). Even Nabi S.A.W pon nangis gak. Lelaki pon ade air mate.

(12) Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun. Kau jangan buat! Kalau kau nak makan 'spek' nerd, kau try ah!

(13) Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap. Jangan jual mahal sangat ah (bajet hot), laki tak mengharap sangat kat kau. Lagipon, pempuan ramai. Banyak choice.

(14) Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka. (serius tetibe) Ni betol wei, sebab sometimes laki tu terlalu sayang kat pempuan tu.

(15) Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali. (jangan risaw, tak batal wudhu') Hurm, yang ni rahsia Allah S.W.T. But, kalau perangai kau dah baik, solehah, hati aku pon kau sentuh!

(16) Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan. TAK DE PAPE!!! Aku benci sangat ayat tu. Terutamenye kalau keluar dari mulut seorang wanita.

(17) Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta. Aku tak tipu, ni betul. Sumpah!

(18) Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda. Sila paham ok?

(19) Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok".

(20) Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas. Bukan masalah laki tu loading, but its hard to understand what in woman's heart. Right?

(21) Lelaki benci gay! Aku lak benci Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual (LGBT). Aku suke pempuan cantik

(22) Lelaki sayangkan ibu mereka. Syurga di bawah tapak kaki beliau beb! But itu tidak bermakna laki tak sayang isteri mereka.

(23) Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros. Dah suke pempuan kaye, nak buat camane? Ekonomi naik. Bunge ros pon dah naik harge. Tak berduit beb!

(24) Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya. BETUL!

(25) Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia. Pikir logik ah?

(26) Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.

(27) Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan. Tapi tak bermakna pempuan tak bergosip kan?

(28) Perempuan adalah kelemahan lelaki. Juga kekuatan lelaki.

(29) Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka. Kadang-kadang kalau kau sembang dengan sorang laki yang baru first jumpe, kau akan tahu hampir 40 % pasal diorang. Ape makanan favourite diorang, lagu, cam-cam ah. Dan secare tak langsung kau pon akan cakap samada, "sama dengan aku wei" atau "oh, aku suke lain".

(30) Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu. Jangan permainkan hati die pulak. Jangan nak test market. Dose mainkan perasaan orang. Jangan over-over lak nak test.

(31) Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta. BERCINTA = serius, bukan play or wtv. Aku tak main-main. Tanye ayah kau!

(32) Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil. Terutamenye baju sekolah, baju nak bawak main semayang and ofcourse, baju baru! S***! Yang tumpah lak sambal, gulai ke, kena pen? ARGH!

(33) Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana. Ok ah, aku kaum laki tak pandang sangat kecantikan. Hanye laki yang buaye je camtu. But, cantik pon aku nak! Tapi kalau muke cantik, perangai macam wtf, benci aku. Kecantikan dalaman, akan menyerlahkan kecantikan luaran.

(34) Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia. Hurm. Drama korea selalu camni. Awasilah kawan baik anda. Kadang-kadang, ade masalah yang patut kite rahsiakan. Ingat, kerana laki, dua best friend pon boleh jadi musuh ketat taw?

(35) Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat. Cukuplah jadi pendengar yang setia. Melainkan kalau dia mintak pandangan kau. Baru lah beri. Ini bukan bermakna laki seorang yang ego, but sometimes laki tak leh nak pendam sesuatu masalah. Maybe selepas luahkan, dia akan nampak solutionnye.

(36) Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda. Yang ni memang kelebihan pempuan. Pempuan ati lembut, sebab tu die cepat tahu kalau sorang laki tu gode die. Kalau die tak suke, die takkan nak gode kau? Tapi kalau dah lebih-lebih, kau report je, kate SEXUAL HARASHMENT!

(37) Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain. Macam pempuan. Sentiasa juge ade care untuk buat laki yang die suke rapat dengan die je.

(38) Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut. Maksudnye, majoriti laki suke pempuan pandai daripada pempuan yang pandai tawar-menawar di kedai Ah Siong. But, laki takkan cari pempuan yang terlebih pandai sangat. Takot nanti tercalar maruah mereka sebab laki mahu memimpin keluarga, mesti ah yang memimpin itu lebih pandai daripada yang dipimpin. Jangan risau, macam aku cakap, kalau kau baik, solehah, kalau kau lagi pandai daripada Albert Einstain, mesti aku kahwin dengan kau.

(39) Lelaki cuba untuk mencari hadiah yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah. Tak pandai ah pilih hadiah. Sebab tu laki suka tanye pempuan "awak nak ape?". Kau lak marah, kate "You tak kenal I lagi ke?" Malu bertanye salah hadiah beb!

(40) Lelaki boleh berbual tentang apa pun. Kalau pempuan tahan nak dengar.

(41) Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka. Depends tahap kepercayaan korang pade laki tu.

(42) Lelaki berfikir terlalu banyak. Tu ramai laki botak cepat. Beza dengan perempuan lak, mereka berpikir dengan banyak MENGENAI SATU PERKARE SAHAJE.

(43) Fantasi lelaki tidak terbatas.

(44) Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki. Cuti sekolah jangan asyik duduk makan b***k tidor je. Belajar lah masak ke?

(45) Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu. Laki kalau terlalu cemburu, susah. Sebab tu TRUSTWORTHY sangat penting. (macam berpengalaman je?)

(46) Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.

(47) Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih. Kalau boleh, cepat lah bernikah ye? Cepat lah aku makan nasi minyak!

(48) Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa. Kalau boleh, jangan ah kau yang menjadi pemutusnye!

(49) Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya.

(50) Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah. Sebab tu ramai laki berubah sebab pempuan.

(51) Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan. Sebab tu ramai orang hantar pempuan untuk menjinakkan musuhnye. Bukan senang nak jadi macam Nabi S.A.W yang menolak pempuan cantik yang diberikan oleh Musyrikin Quraisy supaye meninggalkan dakwah.

(52) Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.

(53) Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya. Kalau dia kate dia gila, baik antar die pegi jumpe doktor untuk check.

(54) Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya" Aku tak taw ah, but sometimes kalau laki bini bergaduh, si suami berharap agar die dapat menamatkan perbalahan dengan cepat, kerana die sayangkan rumahtangganye.

(55) Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus. Sebab tu nak pilih saiz baju susah. Kan pilih S takut nanti dah besar, Tapi kang pilih M besar gedabak macam pakai jubah pulak!

(56) Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.

(57) Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting! Tapi tak bermakne setiap lawaknye benar-benar serius, atau mungkin kau kena pikir dua tiga sepuluh kali lawak die, mungkin ade maksud tersirat.

(58) Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.

(59) Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.

(60) Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan. Bersikap KEPEREMPUANAN. Bukan KEBUDAKAN!

(61) Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki.

(62) Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya. HEBAT TAK KAUM LAKI? HAHAHA.

(63) Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up.

(64) Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. Amat-amat cinta. Sebab tu kalau nak tackle hati laki, tackle perut die. Kalau setakat pandai masak maggi bubuh telur, maggi yang aku masak lagi canggih, ala-ala carte. Bukan pe, air tangan sorang mak sangat berkat kepada anak-anaknya, apatah lagi air tangan isteri. Tu rahsia rumahtangga . Tapi kalau air basuh tangan isteri, tu MELAMPAU!

(65) Lelaki suka perempuan yang seperti ibunya.

(66) Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda. Kaum bapa terutamanye. Bukan ape, mereka tak nak tunjukkan sisi lemah mereka supaya orang yang mereka lindungi tahu dia kuat.

(67) Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini! "Kalau laki akak usha pempuan lain, kau bagitaw akak ye?"

(68) Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut. Jangan ingat semua laki jahat, juge jangan ingat semua laki baik.

(69) Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan. Sebab tu kita selalu dengar ramai Ulama Muslimin boleh membicarakan bab haidh dan jarang dengar Ulama Muslimat membicarakan bab air mani.

(70) Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.

(71) Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.

(72) Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.

(73) Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.

(74) Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya. Kalau laki pon gelabah, pempuan apetah lagi?

(75) Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.

(76) Apabila anda menangkap suami anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda. (Sama seperti sebaliknya)

 (77) Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka. Pengalaman mendewasakan cinta.

(78) Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!

(79) Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis. Sama juge macam pempuan akan minta nasihat daripada laki. Fitrah kot?

 (80) Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda. Tapi kalau dia tambah "macam nenek tua dah menopaus", terserah lah kepada kau untuk mengguna apa jua gaya untuk memakinye.

(81) Lelaki benci perempuan yang gedik. MENYAMPAH AKU!!!

(82) Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia jika dia serius dalam hubungan anda.

(83) Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka. Amalkan lepas kawin, sampai mati.

Aduh, letih tangan aku. But worth it kan?


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.