Pantang ada masa terluang, mulalah mencari-cari teman untuk berbual. Kerja bertimbun pun belum siap, tapi masih mencari masa untuk bercakap dan bercakap. Kalau si gadis bolehlah diterima, tetapi kalau ada si lelaki Maskulin sebegini, anda dianggap sungguh menjengkelkan. Ramai orang fasih dan petah bercakap, tetapi semakin banyak mereka bercakap, semakin banyak mereka menyakitkan hati orang yang mendengar.
Borak-borak, sembang, berbual apa jua istilahnya pasti ia melibatkan hubungan antara 2 hala...kalau dilakukan secara keseorangan ada kemungkinan bakal dilabelkan sebagai gila..
1 - Bercakap dan berhenti bila perlu
Susah juga rasanya kalau sudah mula berbual. Mula-mula angguk ahaja, tetapi lama- kelamaan susah untuk berhenti. Aduh! Lagi-lagi dapat kawan yang memang kaki berbual. udahnya anda juga turut terpengaruh. Seharusnya anda mesti mengingatkan diri sendiri lokasi di pejabat ukanlah tempat untuk meluahkan masalah atau tempat untuk berbual-bual panjang walaupun anda tidak anyak kerja. Mungkin anda diperhatikan oleh orang atasan, jadi jangan lupa berhenti sebelum terbabas jauh.
2 - Tahu Batasan Berbual Dengan Ketua
Biarpun jika di luar pejabat dia adalah seorang kawan susah dan senang,mungkin personaliti di pejabat sangat berbeza. Janganlah kerana dia seorang yang lembut dan gemar berbual, mulalah anda mengambil kesempatan untuk bersembang kosong. Biarpun dia kawan karib anda, dia tetap bos di pejabat. Jadi bertindaklah sebagai seorang yang profesional. Hormati dia sebagai rakan dan juga majikan di tempat anda.
3 - Kurangkan ‘Volume’ Suara Anda
Bayangkan tempat yang tertutup dengan keluasan yang tidak seberapa, anda bercakap melebihi had. Belajar menghormati orang sekeliling yang sedang melakukan sesuatu dengan tenang. Mengurangkan nada suara tidak bermaksud kamu harus bercakap seperti berbisik, tetapi cukuplah sekadar bercakap dengan suara yang normal mengikut tempat dan situasi.
4 - Elakkan berbual tentang keburukan orang
Cuba untuk bertindak sebagai seorang yang matang. Biasanya kalau berkumpul, tidak sah kalau tidak bercakap tentang hal yang melibatkan keaiban orang. Apa yang perlu anda buat ialah beri tumpuan pada tujuan asal perbincangan agar tidak tersasar. Perlu ngat, kalau anda bercerita tentang keburukan orang, kelak diri anda yang akan menjadi ‘mangsa’ perbualan. Jika keadaan dan orang sekeliling yang menjadi faktor utama, pastikananda menghindari jauh-jauh orang seperti ini. Buat-buat sibuk ataupun tukar topik yang lebih penting. Bukan apa, kelak diri anda yang dianggap berperangai sama dengan mereka, biarpun niat sekadar ingin bersembang.
5 - Peka dengan bahasa badan
Gaya badan memang sangat mempengaruhi seseorang ketika bercakap. Cuba anda bayangkan kalau anda bercakap dengan nada manja, pasti bahasa badan juga berbeza dengan gaya biasa. Mungkin tangan memintal-mintal tali gagang telefon ataupun kaki menguis-nguis sesuatu di lantai. Bukan tidak boleh bercakap ataupun berbual-bual dengan gaya begini, tetapi anda harus bersedia untuk dicop sebagai seorang penggoda. Itu belum lagi apa yang dibualkan.
6 - Lakukan kerja lain dalam satu-satu masa
“ Sambil menyelam minum air’. Kesibukan bekerja ataupun dan urusan lain tidak menghalang anda untuk berbual-bual atau bersembang. Kekadang ada kawan yang seakan tidak memahami waktu kemuncak pada hari bekerja. Masa itulah diajaknya bersembang tanpa mengira kesibukan orang lain.Hmm..Mungkin anda boleh melayan sekejap karenah mereka tanpa perlu mengecewakan mana-mana pihak, tetapi dengan syarat lakukan kerja anda sebagai ‘ isyarat’ anda benar-benar sibuk!
7 - Elak perbualan yang memaki hamun
Pelajari cara terbaik untuk berbual dengan cara yang baik. alaupun anda menghadapi orang yang benar-benar membuatkan anda sakit hati, belajarlah untuk bercakap dengan nada yang sopan tanpa perlu memaki hamun. Biarpun sikap seseorang menjadikan anda tiada ‘mood’ untuk meneruskan kehidupan seharian. Sentiasalah berfikir positif tentang apa yang bakal berlaku. Buat si lelaki, walaupun pun si gadis buat anda marah, janganlah anda membalas balik dengan memaki hamun. Jadilah si maskulin yang berhemah ya!
8 - Kurangkan bercerita tentang diri sendiri
Elak untuk menceritakan apa saja hal berkaitan diri kita kerana boleh membawa pada sikap yang melampau batas dan adakalanya seperti ‘mengangkat bakul sendiri’. Mungkin anda boleh bertanya tentang diri orang lain, kehidupan mereka, kerjaya mereka. Bongkarkan kisah pencapaianpencapaian mereka, bagaimana mereka bekerja keras dalam membina kesenangan hidup dan sejarah keluarga mereka. Jangan sesekali menyentuh soal peribadi kecuali mereka sendiri yang memulakan.
9 - Belajarlah untuk memuji dengan ikhlas
Memuji seseorang dalam berbual-bual memang harus ada sebagai cara untuk kita mengambil hati dan menarik perhatian orang lain. Tapi, jangan terlalu memuji hingga ia bertukar menjadi seperti satu sindiran. Puji dia seadanya. Mungkin anda boleh memuji dua atau tiga kali sahaja, tetapi jangan terlebih kerana anda akan dilihat sebagai orang yang suka mempermainkan perasaan orang, mengejek-ejek dirinya dan pencapaiannya.
No comments:
Post a Comment