Tun Mahathir Pandu Uji Proton Baru, P3-21A / Tuah / Espire. Akan Dilancar Mei 2012? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Tun Mahathir Pandu Uji Proton Baru, P3-21A / Tuah / Espire. Akan Dilancar Mei 2012?


Pada bulan Disember yang lalu, kami telah memaparkan berita mengenai Proton Baru yang diberikan kod P3-21A (atau Proton Tuah semasa KLIMS 2010) yang mana pada jangkaan pada masa itu akan dilancarkan pada bulan ini,Februari 2012.


Ada di antara kita, telah pun menangguhkan pembelian kereta semata-mata untuk menunggu kemunculan Proton P3-21A ini yang dikatakan memberi kelainan berbanding model-model Proton sebelum ini. Menariknya, semalam (7 Februari 2012), mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir melalui blog beliau, Chedet, telah mendedahkan beberapa spefikasi utama pada model baru tersebut.

Bahkan, beliau juga turut memberi jaminan bahawa model baru tersebut dapat menandingi kualiti kereta keluaran negara Jepun dan Eropah berdasarkan kepada pandu uji yang telah dilakukan oleh beliau sendiri di trek ujian kereta, Shah Alam.

Berikut merupakan ringkasan spefikasi utama Proton Baru, P3-21A berdasarkan pendedahan beliau:

Enjin 1.6 liter Turbo yang berkuasa seperti enjin 2.0 liter serta mematuhi piawaian Euro-Five
Vehicle Seek Lamp
Wiper Auto Speed
Auto side door folding mirror
Push Button Start / Stop
Sensors for Automatic Wiper and Headlamp
GPS Antenna for Navigation System
Impact Sensing Door Lock
Continuous Variable Transmission (CVT)
Security Alarm System, Immobiliser and Central Locking
Shift Lever with Tiptronic Mode and Paddle Shifter on Steering Wheel (bagi mod Automatik)
ABS & BA (Brake Assist)




Tun M juga telah mendedahkan bahawa model baru ini dijangka akan dilancarkan dalam tempoh 3 bulan, iaitu Mei 2012. Walaupun pada jangkaan awal akan dilancarkan pada bulan ini, namun ia mungkin ada kaitan dengan pengambilalihan oleh DRB-Hicom baru-baru ini.

Imej gambar model baru ini juga semakin banyak yang didedahkan sejak akhir-akhir ini termasuklah imej rekaan semula berdasarkan gambar leaks. Terbaru adalah imej dari blog Funtasticko Design yang memaparkan imej bahagian belakang model baru ini.

Imej bahagian belakang Proton P3-21A

Gambar depan Proton P3-21A sebelum ini


Apa pendapat anda?Adakah ianya bakal menjadi “indah khabar dari rupa” atau akan menjadi suatu sejarah dalam pemotoran tanah air kita?
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.