1.Ada pergaduhan terjadi kerana masalah komunikasi berlaku antara suami dan isteri. Untuk itu, anda perlu terlebih dahulu berterus terang mengenai perasaan anda. Apabila anda berterus terang, pasangan anda juga akan berbuat demikian.
2.Kawal dan urus perbelanjaan dalam rumah tangga anda secara berhemah dan bijak. Jika pengurusan wang keluarga anda teruk, kemungkinan untuk anda bergaduh kerana wang adalah besar.
3.Kongsi tanggungjawab dengan pasangan anda.Anda perlu jaga pasangan anda dan pasangan anda perlu jaga diri anda.
4.Sentiasa beri sepenuhnya pada rumah tangga anda. Berikan pasangan anda kasih sayang, kegembiraan dan cinta. Anda beri tanpa ada niat untuk menerima balasan. Beri dengan ikhlas.
5.Ambil tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dan pasangan anda. Hargai kelebihan pasangan anda dan terima kelemahan dia seadanya. Belajar untuk memaafkan pasangan anda.
6.Sentiasa luangkan masa bersama – sama dengan pasangan anda. Berhenti utamakan kawan – kawan dan urusan tidak penting. Utamakan masa untuk keluarga anda.
7.Sentasa puji dan beri galakan pada pasangan anda. Apabila dia berbuat sesautu yang baik, anda berikan dia pujian. Jika dia terbuat silap, anda berikan dia galakan.
8.Sentiasa ingat tarikh penting dalam hubungan anda. Apabila tiba masa bagi peristiwa penting, anda sambutlah ia dengan pasangan anda.
9.Berbuat baik dengan keluarga pasangan anda kerana keluarga selalunya ada pengaruh yang kuat.
10.Jangan melakukan perkara jahat seperti menerima rahsuah, pinjam dari ceti haram dan sebagainya. Apabila anda melakukan perkara jahat, anda akan rasa tertekan dan pasti ia akan menganggu kebahagiaan perkahwinan anda.
No comments:
Post a Comment