Sein dan Nana rujuk balik? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Sein dan Nana rujuk balik?




Sebelum ini berita perceraian Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dan Noor Diyana Muhammad (Nana) yang juga juara Sehati Berdansa 3, sudah dimaklumkan kepada umum. Perceraian itu dibuat pada bulan 12 tahun yang lalu dengan talak satu. Tapi memang cukup membuatkan sesiapa sahaja merasakan ianya sesuatu yang tidak wajar berlaku. Kerana pasangan ini kelihatan terlalu bahagia di dalam rancangan Sehati Berdansa. Itulah takdir diantara mereka.

Namun dipagi yang mulia ini, sempena Maulud Nabi Muhammad, kita akan mendapat berita gembira mengenai pasangan ini. Dengar khabar, Sein sudah merujuk Nana kembali ke sisi ini. Ini atas kenyataan Sein sendiri dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini. Dengan kenyataan seperti ini.. I love my wife. Alhamdulillah, jodoh masih dipanjangkan. namun Sein telah 'remove' post berkenaan dalam beberapa detik kerana mungkin tidak mahu mencari publisiti. Dan menganggap apa yang berlaku menjadi pengajaran baginya.

Alhamdulillah kalau berita ini benar. Semoga syaitan boleh menangis dengan perkhabaran ini.
hanz

hanz

1 comment:

Related

Powered by Blogger.