Lapan Bidang Utama Dalam Bajet 2015 | Kerajaan akan menumpukan kepada lapan bidang utama dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan 10 Oktober 2014 ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata bidang berkenaan ialah
1) meningkatkan pertumbuhan eksport,
2) mengukuhkan kualiti pelaburan swasta,
3) memanfaatkan keusahawanan untuk pertumbuhan dan
4) memantapkan modal insan.
Beliau berkata, bidang tumpuan utama juga termasuk
5) mengurus peningkatan kos sara hidup,
6) meningkatkan kualiti hidup dan indeks kegembiraan,
7) pembangunan belia dan wanita dan
8) mengukuhkan pembangunan serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan dijangka membentangkan Bajet 2015 pada 10 Oktober ini - BH online
No comments:
Post a Comment