DOA PENUNDUK SUAMI ISTERI | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

DOA PENUNDUK SUAMI ISTERI




Salam Pembaca, 

TERUTAMA PASANGAN YANG MEMPUNYAI SUAMI/ISTERI YANG "HARDCORE". SUSAH DAN PAYAH DENGAR NASIHAT. 

Nasihat kepada pembaca ada satu doa yang baik untk menundukkan pasangan mereka yang tidak taat supaya tunduk dan taat pada pasangannya yang mengamal doa ini. Insyaallah dengan penuh keyakinan terhadap ayat-ayat suci Al-Quran sebagai penawar batin dan zahir untuk hamba-Nya yang lemah.

Carilah jalan yang baik diredhai Allah SWT supaya rumahtangga itu aman bahagia. Janganlah menggunakan sihir keatas pasangan dengan cara yang dikejikan oleh islam seperti "Nasi Kangkang" dan lain-lain perbuatan yang salah dalam Islam.

Cara-cara dan amalannya:

1. Baca selepas setiap kali solat.
- Mulakan Shalawat Nabi-3x.
- Al-Fatihah - 7x
- Baca Doa tersebut -3x. (Dan diniat supaya pasangan anda taat/dengar cakap/Patuh/Tunduk)

2. Boleh dibaca pada air dan diberi minum pada pasangan atau dimasukkan kedalam periuk semasa menanak nasi. Insyaallah pasangan anda akan tunduk dan taat kepada anda supaya rumahtangga anda bahagia hendaknya mengikut Islam. (Ikut bacaan pada bhg1)

DOWNLOAD DOA MP3 - KLIK


Maksudnya:(Surah Shad: Ayat 17,18,19 &20)

17. Bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka katakan dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan agamanya); sesungguhnya dia adalah sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan bersabar mematuhi perintah Kami). 

18. Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari. 

19. Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya. 

20. Dan Kami kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya hikmah kebijaksanaan dan kepetahan berkata-kata (dalam menjalankan hukum dan menjatuhkan hukuman)

Wasallam.

Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.