Punca Dan Faktor Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014 (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
Punca-Punca Pencemaran Udara
- Aktiviti pembangunan dan perindustrian
Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia.
Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.
Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.
- Kenderaan motor
Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.
Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.
- Pembakaran terbuka
Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan.
Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'.
- Aktiviti harian manusia
Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara.
thanks kerana memberi panduan
ReplyDelete