(CONTOH LENGKAP) Punca Dan Faktor Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014 | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(CONTOH LENGKAP) Punca Dan Faktor Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014






Punca Dan Faktor Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014 (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.




Punca-Punca Pencemaran Udara

  • Aktiviti pembangunan dan perindustrian
Punca Dan Faktor Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik. 

Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia. 

Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.
Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.
  • Kenderaan motor
Punca Dan Faktor Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya. 

Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.

Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.


  • Pembakaran terbuka
Punca Dan Faktor Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat.

Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan.

Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'.

  • Aktiviti harian manusia
Punca Dan Faktor Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. 

Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara.

Tips Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara
Langkah 1: Senaraikan terlebih dahulu isi penting punca pencemaran anda ditempat anda.

Langkah 2: Huraikan setiap isi penting pencemaran udara ditempat anda.

Langkah 3: Karang sebuah esei mengikut isi penting berserta huraian

Langkah 4: Jumlah keseluruhan markah bagi Faktor dan Punca pencemaran adalah 15 Markah (Maka, anda hanya perlu 5 isi penting beserta 3 Huraian bagi setiap isi penting.

Contoh Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara
Punca berlakunya pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah aktiviti perindustian kilang, pembakaran terbuka, asap rokok, kenderaan motor dan pengguna hawa dingin.

Kenderaan bermotor merupakan punca utama kepada isu pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur (1 Markah). Penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motor, dan kapal terbang  melepaskan  asap  kenderaan  yang  mengandungi  gas berbahaya atau bertoksik seperti karbon monoksida ke udara (1 Markah).  Selain itu, kenderaan yang tidak melakukan servis berkala turut mencemarkan udara apabila kenderaan seperti ini melepaskan asap hitam yang berlebihan ke ruang udara (1 Markah).

Selain itu, pembakaran terbuka secara berleluasa juga merupakan antara salah satu faktor kepada pencemaran udara di sekitar Kuala Lumpur (1 Markah). Contohnya, pembakaran terbuka seperti dikawasan hutan mahupun kediaman juga boleh menyebabkan masalah jerebu (1 Markah). Ini berikutan asap hasil pembakaran terbuka beralih ke sekitar bandaraya Kuala Lumpur mengikut arah tiupan angin. (1 Markah)

Disamping itu, aktiviti perindustrian yang pesat di Kuala Lumpur menyebabkan pencemaran udara dikawasan ini semakin terjejas (1 Markah). Contoh aktiviti perindustrian seperti kilang pembuatan kereta, elektronik, dan penghasilan baja. Kilang  biasaannya  melepaskan asap  tanpa  pemasangan  alat  penapis  udara  akan  menyebabkan  terjadinya  pencemaran udara. (1 Markah)

Penggunaan sistem hawa dingin juga antara salah satu faktor pencemaran udara (1 Markah). Di Kuala Lumpur, penghawa dingin biasanya digunakan disetiap kediaman bagi mengelakkan cuaca panas disamping manghasilkan udara yang dingin dan nyaman (1 Markah).  Namun, penggunaan penghawa dingin akan menyebabkan gas chlorofluorocarbon atau CFC terhasil dan jika gas ini dilepaskan dengan banyak, lapisan ozon di udara akan bertambah nipis.(1 Markah)

Asap rokok juga menyumbang kepada masalah pencemaran udara di bandaraya ini (1 Markah). Tabiat orang ramai yang merokok ditempat awam seperti kawasan menunggu bas dan tempat riadah hanya menjejaskan tahap kualiti udara (1 Markah). Aktiviti merokok juga akan melepaskan asap toksik ke udara dan  membahayakan kesihatan orang sekeliling jika menghidu asap tersebut. (1 Markah)
Jumlah Markah: 15 Markah



Also See and Read This : READ MORE

hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.