LONDON: Peguam Lady Gaga mengancam mengemukakan saman terhadap pengeluar ais krim diperbuat daripada susu badan, Baby Gaga, semalam.
Berdasarkan dokumen disediakan peguam penyanyi berasal dari New York, restoran The Icecreamists Limited yang beroperasi di London, Britain, diberi tempoh sehingga 12 tengah malam Khamis ini untuk pengeluar produk itu menukar jenamanya jika enggan disaman.
Dalam dokumen berkenaan, The Icecreamists Limited didakwa mengambil kesempatan dan meniru identiti Lady Gaga (gambar) secara amat provokatif dan - bagi kebanyakan orang - menjijikkan.
Fasa pertama produk itu - dihasilkan menggunakan susu diperah daripada 15 wanita yang menyahut tawaran The Icecreamists Limited dalam iklan - dilaporkan habis dijual dalam tempoh beberapa hari saja.
Susu itu dijual pada harga $14 (RM69) dan dihidangkan pelayan wanita menggunakan pakaian menjolok mata - sesuai dengan imej Lady Gaga.
No comments:
Post a Comment