4 Remaja Rusia Yang Merogol Seorang Rakyat Malaysia Dipenjara 36 tahun | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

4 Remaja Rusia Yang Merogol Seorang Rakyat Malaysia Dipenjara 36 tahun



LONDON 24 Ogos – Mahkamah Woolwich Crown di sini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 36 tahun ke atas empat lelaki Rusia kerana merogol seorang pelajar wanita rakyat Malaysia dan merakam kejadian itu menggunakan telefon iPhone.

Keputusan tersebut dijatuhkan ke atas Oleg Ivanov dan Gregory Andreev Melnikov, masing-masing 23, Norayr Davtyan, 22, serta Armen Simonyan, 19, kesemuanya pelajar sebuah kolej berpestij di selatan London selepas 11 juri termasuk empat wanita sebulat suara mendapati mereka bersalah.
Davtyan yang merupakan ketua kumpulan tersebut dikenakan hukuman penjara 10 tahun, Melnikov pula dipenjara sembilan tahun, manakala Ivanov dan Simonyan masing-masing dijatuhi hukuman penjara lapan tahun.
Hakim Peter Murphy berkata, rakaman video tersebut menunjukkan defendan tidak berperikemanusiaan dan hanya menyifatkan mangsa berusia 18 tahun itu sebagai objek seks.
Keempat-empat pelajar lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 21 Januari lalu di bilik Davtyan ketika kolej berkenaan mengadakan parti disko untuk pelajar-pelajarnya.
Rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa bercakap dengan Melnikov di satu ruang merokok di kolej tersebut sebelum dibawa ke bilik Davtyan.
Di bilik tersebut, mangsa dilihat muntah dan terbaring di lantai dan akhirnya bersendirian bersama empat lelaki tersebut di bilik berkenaan apabila parti itu tamat.
Rakaman video daripada iPhone milik Davtyan menunjukkan keempat-empat lelaki itu merogol gadis tersebut antara pukul 12.38 malam dan 3.10 pagi.
Ivanov, Melnikov, Davtyan, Simonyan sebelum ini membuat pengakuan tidak bersalah ke atas dua tuduhan merogol.
Mereka mendakwa perbuatan mereka itu mendapat persetujuan mangsa. – Agensi
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.