BOrang Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 2017 Dan 2018 Online. Anda ingin mendaftar anak anda ke sekolah rendah kerajaan tahun 2017 dan 2018 nanti? Permohonan pendaftaran murid ke tahun satu (Darjah 1) di Negeri Selangor dan Putrajaya tahun 2017 dan 2018 akan di buka secara online pada 1 Mac 2016 menerusi makluman Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM.
Permohonan ke Tahun Satu bagi negeri Selangor dan Putrajaya ambilan 2017 dan 2018 akan dibuka pada 1 Mac 2016.
Umum sedia maklum yang mulai tahun 2016, Jabatan Pendidikan di semua negeri akan menggunakan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang akan membolehkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka secara dalam talian menggantikan Sistem Pengurusan Murid Tahun Satu Online (ESPPSEL) yang akan dihentikan bermula 4 Januari 2016.
Cara Buat Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online
- Kawasan : Negeri Selangor Dan Putrajaya
- Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2016
- Applikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my/
- Panduan permohonan online : Klik FAQ
- 1. Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
- 2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
- 3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
- 4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru
Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
- Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul
- 5. Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa
Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.
- 6. Jika terdapat sebarang masalah sila hubungi :-
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT
No. Tel. : 03-88849415 & 03-88849458
E-mel :kmp.kawalan@moe.gov.my
Selamat memohon buat ibu bapa semua. Moga sistem permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya 2017/ 2018 Online dapat mempercepatkan dan memudahkan permohonan semua.
No comments:
Post a Comment