(TERKINI) Harga Baru Kereta Honda Dan Toyota 2016 | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(TERKINI) Harga Baru Kereta Honda Dan Toyota 2016





SEnarai Kereta Honda Dan Toyota Naik Harga Bermula 1 Januari 2016. Apa punca harga kereta naik bermula 1 Januari 2016? Berikut adalah senarai harga baru kereta Honda dan Toyota terkini bermula 1 Januari 2016. Sebelum ini kedua-dua pembuat kenderaan popular di Malaysia, Toyota dan Honda telah memaklumkan akan berlaku kenaikan harga kereta akibat dari pengukuhan dolar AS berbanding mata wang Malaysia di mana nilai ringgit telah menyusut nilai sebanyak hampir 20% kepada dolar AS, sekali gus meningkatkan kos operasi.  

Nampaknya tahun 2016 yang baru muncul ini memerlukan pengorbanan kita dalam berjimat cermat susulan beberapa kenaikan tambang pengangkutan awam dan kos hidup yang tinggi yang menjadikan tahun ini penuh dengan cabaran. 

Senarai Jadual Kenaikan Harga Kereta 2016

Peningkatan harga kereta walau bagaimanpun tidak melibatkan kereta Honda Civic versi Hybrid, Honda CR-Z dan Toyota Camry Hybrid. Model yang mengalami peningkatan harga ketara adalah Toyota Hilux yang naik dari 5.8 hingga 8.6 % manakala Toyota Vios, kereta popular rakyat Malaysia naik sekitar 3.2 hingga 4.3 % sahaja. Kereta Honda tidak mengalami peningkatan berbanding Toyota dengan harga baru meningkat tidak lebih dari 3%. 

Bagi mereka yang merancang untuk membeli kereta baru dari jenama Honda dan Toyota, jadual harga baru di bawah ini akan dapat membantu di mana ianya memaparkan harga setiap model meliputi harga baru dan harga sebelum 2015, perbezaan harga dan peratus kenaikan. 

Harga Baru Honda 2016

senarai Harga Baru Kereta Honda 2016

Harga Baru Toyota 2016

senarai Harga Baru Kereta Toyota 2016
Semoga jadual harga baru kereta Honda dan Toyota yang disertakan ini boleh dijadikan panduan dalam membuat pilihan yang tepat dalam membeli kereta baru tahun 2016.

Sumber Jadual Harga : Paultan



Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.