(TERBARU) Wanita Terjebak Dalam Seks Siber | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(TERBARU) Wanita Terjebak Dalam Seks Siber






SEKS siber atau sex texting adalah perbuatan melakukan hubungan komunikasi dengan seorang yang lain, (sama jenis atau berlainan jenis), melalui perantara media internet, dengan menghantar mesej yang lucah, sama ada dalam bentuk ayat dan huruf, dan bersama atau tidak dengan foto yang memberikan makna lucah.
Hubungan secara maya ini dilakukan bagi mendapat kepuasan seksual secara fantasi bagi satu pihak atau kedua-dua pihak. (Hahn, Harley; 1996).
Seks siber atau sex texting berlaku apabila:
Dilakukan di alam maya. Kalau dulu menggunakan komputer, tetapi sekarang boleh guna telefon bimbit. Komunikasi jarak jauh Menaip ayat lucah atau membawa makna lucah (selalunya ayat yang menggambarkan perlakuan aktiviti seks).
cybersex

Dilakukan bagi mendapat kepuasan seks secara fantasi Boleh diikuti dengan perbuatan onani Mesej yang diberikan boleh jadi disertakan dengan foto.
Namun penggunaan ayat sudah cukup membangkitkan nafsu seksual Pelaku mengenali satu sama lain atau tidak mengenali individu pasangannya sama sekali dan hanya menggunakan nama samaran.
Maknanya sebelum terjadinya seks siber, mereka telah mengenali antara satu sama lain. Atau mereka hanya menggunakan nama samaran sama ada untuk mendapatkan keseronokan fantasi seks atau bertujuan komersial apabila ada bayaran dilakukan.

Seks siber boleh dilakukan dengan web camera.

Wanita jarang memulakan perbualan seks ini, kecuali dengan lelaki yang rapat dengan mereka. Rapat tidak bermaksud rapat dari segi fizikal tetapi rapat dari segi emosi. Ini bermakna jika wanita dan lelaki itu tidak pernah berjumpa tetapi ada emotional engagement maka mereka lebih terbuka untuk melayan perbualan seks.
Wanita yang berkahwin ini pernah terdedah dengan aktiviti seks sama ada pernah melakukan hubungan seksual, melihat pornografi atau melakukan hubungan fizikal yang intim seperti bercium, meraba dan lain-lain. Oleh itu wanita yang pernah berkahwin lebih mudah terdedah dengan pujuk rayu lelaki.
Wanita yang melayan perbualan seks ini biasanya wanita yang terabai dari segi emosi, apabila suami terlalu sibuk, atau tidak ada masa untuk melayannya.
Beza seks siber dengan phonesex dan pornografi
Ia berlainan dari phonesex, kerana perantaraan medianya adalah suara. Ia selalunya dilakukan oleh individu yang lebih dikenali dan mesra atau dilakukan oleh kumpulan yang menawarkan perkhidmatan phonesex, di mana bayaran dikenakan.
Jarang dilakukan lagi berbanding dengan seks siber kerana ia boleh dilakukan dengan lebih mudah menggunakan telefon bimbit, dan kegiatannya sukar dikesan kerana tidak menggunakan suara (hanya susunan ayat atau gambar).
Ini bermakna seseorang yang sedang bekerja dan berhadapan dengan pelanggan di tempat kerja, mampu melakukan seks siber ini tanpa diketahui oleh orang lain.
Pornografi pula adalah kegiatan berseorangan yang melihat imej-imej lucah sama ada dalam bentuk gambar yang tidak bergerak atau video. Ia tidak melibatkan komunikasi dua hala yang interaktif.
Mengesan pelaku seks siber
Ia dilakukan oleh orang yang telah berkahwin atau yang masih bujang. Orang yang bujang ingin mencuba tetapi belum bersedia melakukan komitmen perkahwinan.
Orang yang telah berkahwin pula melakukannya kerana ingin melakukan sesuatu yang baru, terlarang dan lebih teruja di luar perkahwinan mereka.
Oleh itu, ada lelaki yang sudah berkahwin masih menyayangi isteri mereka, dan ada pula yang tidak ada rasa kenikmatan perkahwinan.
Selalunya jika ia melibatkan orang ketiga, ia akan menjejaskan perkahwinan, sementara jika ia dilakukan dengan membayar perkhidmatan seks siber, selalunya lelaki itu masih menyayangi keluarga dan isteri mereka.
Namun ada yang memberikan alasan  “cuma suka-suka” namun kebanyakannya akan terjadi perjumpaan dan aktiviti seksual di alam nyata.
Jika ada keserasian ia akan membawa kepada keretakan rumah tangga, dan jika tiada keserasian selalunya mereka akan mencari orang lain sebagai pasangan yang baru.
Ciri-ciri orang disyaki melakukan kegiatan seks siber
Suka bersendiri melayan komputer atau telefon bimbit. Tidak mahu mencampuri aktiviti keluarga.
Tidak mahu membenarkan orang lain menggunakan komputer atau telefon bimbit mereka. Malah menjadi satu kemarahan bagi mereka. Apabila ia telah menjalinkan hubungan intim dengan seseorang:
Hilang keinginan untuk bermesra dan melakukan hubungan seksual dengan isteri
Mudah marah tanpa alasan yang kukuh
Mula meninggalkan solat
Mengelakkan diri dari aktiviti agama
Rawatan
Tiada rawatan yang spesifik boleh diberikan, kecuali ada kesedaran untuk individu itu berubah dan bertaubat.
Selalunya apabila isteri menegur, suami akan marah    secara keterlaluan. Cara terbaik ialah si isteri lakukan aktiviti agama bersendirian, seperti solat dan membaca al-Quran, jika si suami tidak mahu melakukan bersama. Lama kelamaan si suami akan terfikir sendiri.
Jika suami tidak berubah, kena faham bahawa kita tidak mampu mengubah hati seseorang melainkan ALLAH saja yang dapat mengubah si suami. Banyakkan doa agar ALLAH buka pintu hatinya. Leteran isteri tidak mampu mengubah hati suami malah boleh menyebabkan ketegangan dan akhirnya penceraian.
Sekian.


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.