DOA RAWATAN UNTUK ORANG YANG TERKENA SIHIR | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

DOA RAWATAN UNTUK ORANG YANG TERKENA SIHIR




Cara merawat ahli keluarga, isteri, suami atau anak-anak yang terkena sebarang sihir dengan melakukan beberapa amalan ini: 

- Solat hajat memohon pertolongan Allah SWT.
- Bacaan Surah Yasiin oleh pasangannya atau dari pihak keluarganya.
- Zikir setiap selepas solat - Ya Aziim sebanyak yang boleh sekurangxnya 100 kali.
- Membaca doa hilangkan sihir. 
- Memandikan dan memberi minum pesakit dengan air yang dirugyah.

Diantara sihir-sihir yang paling kerap dikenakan pada kebanyakan mangsa masa sekarang iaitu Sihir Percintaan.

Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):

  • Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
  • Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seks.
  • Sukar mengawal cintanya.
  • Rindu bayang yang berlebihan.
  • Patuh secara membuta-tuli.
  • Sebab-sebab berlakunya sihir percintaan (guna-guna):
  • Timbulnya berbagai-bagai masalah sehingga menimbulkan perselisihan suami-isteri.
  • Perasaan cemburu seorang wanita. Mereka selalu cemas suaminya akan lagi.
Diantara doa yang baik dibaca pada mangsa:

Baca pada pesakit pada ubunnya sambil mengadap kiblat.

- istihgfar - 3x.
- selawat - 10x
- Al-fathah - 1x.
- ayatul kursi - 10x
- Surah Yunus, ayat 81-82 - 11x. (Doa utk orang kena sihir)
- Penutup doa selawat 10x.

Ulangkan 3/7 hari sehingga kesan sihir itu hilang. 

Boleh dibaca pada air dan diberi minum serta mandi pada sebelah pagi dan petang sebelum masuk waktu maghrib. Pesakit hendaklah membaca selawat nabi - 10x, Ayat kursi - 1x Surah Al-ikhlas -1x, Surah Al-falak-1x dan surah Annas - 1x semasa dimandikan. Jika pesakit dalam keadaan teruk. Tukang mandi hendaklah membaca sambil meniup kebahagian kepala terutama ubunnya.

1. Surah Yunus, ayat 81-82


Maksudnya:

81. Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

82. Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa.

Wasallam. 


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.