1. Guru ilmu persilatan Hang Tuah yang pertama selepas beliau dan sahabat-sahabatnya belajar dengan bapa-bapa mereka ialah Aria Putera, seorang ahli pertapaan (Suluk) di Bukit Panchalusa rangkaian Gunung Ledang. Nama yang lain bagi beliau ialah Maulana Ishak atau Syeikh Wali Lanang. Beliau merupakan pengganti pemuka para Wali Sembilan Maulana Syeikh Malik Ibrahim, putera kepada Pendakwah dari keturunan Rasullah s.a.w iaitu Sayed Husein Jamadil Kubra yang merupakan adik beradik kepada Syeikh Muhammad Saman – Syeikh Saman atau Sayyid Thanauddin.
(Sayed Husein Jamadil Kubra berkahwin dengan Puteri Raja Melayu Negara Chermin Jiddah (Kelantan – Malaysia sekarang ini) iaitu Puteri Linang Chahaya, adinda kepada Cik Siti Wan Kembang lalu berputerakan Maulana Malik Ibrahim yang menjadi pendakwah Islam pertama di Jawa bersama adindanya Maulana Ibrahim Asmarakandi, Adinda kepada Maulana Malik Ibrahim yang berlainan ibu iaitu hasil perkahwinan bapanya dengan puteri Raja Melayu Campa (Muangthai) anak kepada Sultan Zainol Abidin dan permaisuri Siti Zubaidah -`Dewi Sudaksina`- bernama Puteri Ramawati Puteri). Setelah Maulana Malik Ibrahim meninggal dunia dalam tahun 1419M, Maulana Ishak yang hidup se zaman dengan Sultan Mansur Shah semasa zaman remaja Hang Tuah telah menggantikan Maulana Malik Ibrahim dan ayahandanya sayyid Ibrahaim Asmarakandi meneruskan pendakwahan agama Islam bersama kekandanya Maulana Sayyid Ali Rahmatullah (Sang Persanta Nala) di Tanah Jawa sebelum ia membuang diri dari Jawa lalu datang bertapa di Bukit Pancalusa di banjaran Gunung Ledang. Gunung Ledang dalam bahasa Jawa bermaksud `Gunung yang tinggi‘, `Kim Sua` – Gunung Emas atau Mount Ophir – sebutan Euro-Hebrew ada tersebut dalam kitab Zabur.
BERKAITAN HANG TUAH LIMA BERSAHABAT MENJADI MURID ARIA PUTERA ADALAH BERDASARKAN PENYESUAIAN MASA YANG MENGETEMUKAN MEREKA DAN BERDASARKAN petikan teks di bawah ini:
“Maka Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun diajarnya-lah oleh Aria Putera, bagai2 ilmu isharat hulubalang dan firasat dan ilmu penjurit (hulubalang) tetapi lebih juga Hang Tuah diajarnya barang ilmu dan isharat.” (Ms.26)
Mengikut kata Aria Putera beliau mempunyai tiga beradik saperti dailog berikut:
“Maka kata Aria Putera, `Hai chuchu-ku Hang Tuah, aku ini tiga bersaudara (tiga beradik-p) yang muda menjadi pegawai, Raden Aria Sina, di (keraton-p) Majapahit, yang tua itu dudok bertapa di-gunong Wirana Pura, namanya Sang Persanta Nala. Ada pun cucu-ku, kala datang (apabila sampai) umor2 dua puloh tiga tahun (ketika umur seseorang paling bertenaga atau perkasa dalam hidupnya-p) engkau pergi ka-Majapahit (beliau melihat melalui firasat atau kasaf para wali-p), jangan tiada engkau berguru pada-nya, kerana saudara-ku itu banyak ilmu-nya daripada-ku, kerana ia dari kecil (sudah-p) bertapa (masuk suluk-p) tiada ia merasai dunia (tidak pernah buang masa berseronok mengikut hawa nafsu dan keduniaan-p).”
Mengikut Versi Tanah Melayu kajian mengenai sejarah Wali Songo memang benar Maulana Ishak (Aria Putera) mempunyai tiga beradik dari satu ibunya puteri Raja Melayu Campa `Wira Bhadrawarman` yang berkahwin dengan Sayyed Ibrahim Samarkandi yang disebut oleh orang Jawa Sayyidi Ibrahim Asmarakandi. Maka Raden Aria Sina ini namanya yang satu lagi ialah Ali Murtadho atau Sayyid Ali Murtolo sebutan orang Jawa. Ada pun Wirana Pura itu zaman 600 tahun lampau namanya disebut Ampeldenta (Wiranapura?-p) ialah nama kepada satu daerah di Surabaya iaitu yang mana di situ ada satu kawasan tanah tinggi yang menjadi pusat perguruannya atau pasentren bagi Sunan Ampel (Sang Persanta Nala). Dalam sejarah beliau akhir menjadi menantu Betara Majapahit (Prabu Hayam Wuruk – Raja Brawijaya – berkahwin dengan puteri Dewi Candrowati atau Nyai Ageng Manila menjadikan beliau salah seorang pangeran yang biasanya dianugerah gelaran Raden oleh Raja – Sebab itu kemudiannya beliau dikenal dengan gelaran Raden Rahmat) bersama isterinya Dewi Candrowati. Wallahualam.
2. Guru Hang Tuah yang kedua ialah Sang Persanta Nala. Mengikut Hikayat Hang Tuah ialah seorang ahli pertapaan (ahli Suluk) yang sakti di Gunong Wirana Pura di Tanah Jawa iaitu saudara tua gurunya Hang Tuah iaitu Aria Putera di Bukit Panchalusa (Nama lain bagi beliau ini ini ialah Maulana Sayyid Ali Rahmatullah - atau Sunan Ampel – Raden Rahmat. Sebelum berpisah dengan Maulana Ishak adiknya yang membuang diri di Bukit Pancalusa, daerah Gunung Ledang Melaka mereka berdua telah berjaya mempeluaskan dakwah Islamiah dengan hebat sekali hingga ke Majapahit. Sunan Ampel atau Sang persanta Nalalah yang merancang penubuhan negara Islam pertama di Jawa yang berpusat di Demak – (lihat hujah yang sama saperti bahasan mengenai Aria Putera di akhir rencana ini). Sayyid Ali Rahmatullah (Sang Persanta Nala) kemudiannya berkahwin dengan puteri Majapahit bernama Puteri Nyai Ageng Manila dikurniai empat orang anak iaitu Sunan Bonang, Sunan Darajat (Kedua beradik ini menjadi anggota wali sembilan di Jawa penyambung usaha ayahandanya Sunan Ampel), Dewi Murtasiah dan Nyai Ageng Maloka. Wallahualam.
Pandangan Hang Tuah terhadap gurunya ini saperti berikut;
“Maka kata Laksamana `Baharu suatu penglihatan tuan-hamba, kerana baginda ini sangat sakti-nya dan tahu-nya`. Maka Laksamana dan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun diajar oleh Sang Persanta Nala akan ilmu segala penjurit dan hulubalang, tetapi terlebih juga Laksamana, diajarnya pelbagai ilmu dan sharat hulubalang dan ilmu penjurit itu, kerana Laksamana, salama dudok di gunong itu, tiada ia tidur dan makan (puasa Bharata-makan bertih sahaja-p) dan tiada ia bercerai dengan Sang Persanta Nala itu, barang dipintanya oleh Laksamana diberinya oleh Sang Persanta Nala. Sang Persanta Nala pun terlalu suka dan kaseh akan Laksamana. Maka kata Sang Persanta Nala, `Ada pun ilmu penjurit dan ilmu hulubalang habislah (tamatlah) sudah, yang ada padaku ini hanyalah ilmu orang bertapa dan kesaktian juga.” (MS.142)
Bersabit dengan ilmu yang di perturunkan oleh Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah, kehebatan Ilmu persilatannya tiada tandingan dari dulu hingga sekarang kerana ada satu rahsia ilmu yang mana Hang Tuah Tidak akan mewariskan kepada sesiapa pun selepas dirinya seperti dialog ini;
“Kata Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah: `Ya anakku, ada suatu pesanku pada anakku : ada pun ilmu yang ku ajarkan kepada mu ini jangan kau ajarkan pada barang siapa, jikalau anakmu pun sekali jangan kau ajarkan. Jikalau diajarkan, nescaya datanglah kebinasan di atas diri mu`. Maka kata Laksamana, `Pada bicara hambamu yang ilmu dan sharat tuanku itu jangankan kepada anak cucu hambamu, jikalau Duli Yang Di-Pertuan sakali pun berkehendak akan ilmu tuanku itu kepada hamba mu, tiadalah hamba mu persembahkan. Jikalau dibuangkan oleh Duli Yang Di-Pertuan nyawa hamba mu pun redhalah.” (Ms. 142-143)
3. Guru Hang Tuah Yang ketiga ialah seorang ulama dan ahli hikmat lagi wali iaitu Syeikh Mansur di Hulu Melaka. Seperti dialog ini;
“Maka Tun Pekerma dan Tun Kasturi pun naiklah bertanya pada orang dusun itu, katanya, `Ka-mana perginya Laksamana itu?` Maka kata orang itu. `Ada berguru pada Sheikh Mansur namanya. Ada pun Laksamana itu diangkat anak oleh Sheikh itu.”
“Maka sembah Laksamana, `Ya tuanku, hambamu pohon suatu alamat (pertandaan-p) dari tuanku tanda menjadi hamba ke bawah kadam (telapak kaki – bahasa merendah diri-p) tuanku`. Maka Sheikh Mansur pun mengambil mastulnya (kain ikat kepala yang berhikmat) yang burok (lama) itu lalu diberikan pada Laksamana. Maka kata Syeikh, `Ya anakku Laksamana, ada pun mastulku ini jika engkau berperang pakai olehmu.” (Ms. 307)
PETIKAN AYAT YANG MENARIK PERHATIAN SAYA
“Kata Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah: `Ya anakku, ada suatu pesanku pada anakku : ada pun ilmu yang ku ajarkan kepada mu ini jangan kau ajarkan pada barang siapa, jikalau anakmu pun sekali jangan kau ajarkan. Jikalau diajarkan, nescaya datanglah kebinasan di atas diri mu`. Maka kata Laksamana, `Pada bicara hambamu yang ilmu dan sharat tuanku itu jangankan kepada anak cucu hambamu, jikalau Duli Yang Di-Pertuan sakali pun berkehendak akan ilmu tuanku itu kepada hamba mu, tiadalah hamba mu persembahkan. Jikalau dibuangkan oleh Duli Yang Di-Pertuan nyawa hamba mu pun redhalah.” (Ms. 142-143)
Sedutan dari buku :
SENI SILAT MELAYU ASLI SERAMBI MAARIFAT
(Meneliti dari penceritaan pengarang Hikayat Hang Tuah)
Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.
ReplyDeleteAndaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winsdtedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.
Hang Tuah orang Asli?? Pembohongan apakah ini?? Apakah kita harus percaya apa yang di tulis oleh penulis barat yang tak tahu apa2 pun pasal melayu?? hang Tuah adalah seorang Melayu Jawa bercampur darah Melayu bugis. Si bangsat manakah yang berani mengatakan Hang Tuah itu orang asli?? Orang asli itu bangsa melayu hutan yang bodoh dan lurus bendul. Mana mungkin orang asli bodoh lurus boleh menjadi seorang yang se hebat hang tuah?? Alang kah bebal nya kalau kita sebagai bangsa Melayu mengakui pendapat orang gila ini !!
Delete