( FAKTA )Jawapan yang Perlu Anak Melayu Tahu dari Ahli Sejarah Negara Malaysia | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

( FAKTA )Jawapan yang Perlu Anak Melayu Tahu dari Ahli Sejarah Negara Malaysia




Ada beberapa persoalan yang kadang-kadang sesetengah anak-anak Melayu kita tak tahu nak jawab,sebab pengetahuan sejarah yang cetek atau tak pernah tahu pun pasal sejarah sendiri.Menjawab beberapa persoalan yang kadangkala ditimbulkan untuk memperovokasi sebenarnya teramat mudah,hanya jika,anda semua membaca perihal sejarah anda sendiri.


#1-Orang India yang buka Tanah Melayu,sebab Hindu mula bertapak sebelum Islam.

Jawapan: Jika orang India buka Tanah Melayu mengapa majoriti penduduk di sini bukan orang India?Pasal apa A dikatakan buka sesuatu tempat,sedangkan tempat tu telah ada B duduk lama di situ?Orang Melayu adalah salah satu dari keluarga besar rumpun Nusantara atau saintifiknya Austronesia yang memiliki hubungan terkait dari segi budaya dan linguistik dengan Maori,Samoa,Hawaii,Visaya,Sunda,Jawa,Banjar dan kaum-kaum pribumi Asia Tenggara dan Pasifik yang lainnya.



Mengambil falsafah agama tidak menukarkan orang Melayu kepada bangsa lain.Orang Bali sampai sekarang beragama Hindu,namun adakah mereka orang India?Bahasa apa yang mereka pertuturkan?Kini majoriti orang Melayu beragama Islam.Adakah mereka ini asalnya orang Arab yang membuka Tanah Melayu?Ini hanya logik akal sahaja dan orang yang menimbulkan soalan di atas,sebenarnya hanya membingungkan diri sendiri.

*Kes ini sama seperti Stamford Raffles dikatakan membuka Singapura dan Francis Light membuka Pulau Pinang padahal kedua tempat itu telah lama berpenghuni.

#2-Melayu berasal dari kata 'Malaya' iaitu 'bukit/gunung' dari bahasa-bahasa India berdasarkan gunung-ganang yang banyak terdapat di Tanah Melayu atau berdasarkan Gunung Jerai.

Jawapan: Ini salah.Melayu dan Malaya dua perkataan yang berbeza,mengapa memandai-mandai buat hipotesis mengarut?Contoh,Canada dan Kannada.Adakah negara Canada dibuka oleh orang Kannada?Adakah orang Kannada berasal dari Canada?Atau adakah nama 'Kannada' berasal dari negara Canada?Lagi satu,Jawa dan Javan (anak keempat 'Noah' dalam Old Testament).Adakah orang Jawa berasal dari Javan?Kenapa bahasa Jawa beza dengan bahasa Hebrew (Ibrani/Yahudi)?Jadi,semua hipotesis ini adalah 'rubbish'.Nama 'Melayu' bukan berasal dari kata 'Malaya'.Belum lagi membicarakan kata 'Melayu' yang kononnya dalam bahasa Jawa bermaksud 'lari',dalam bahasa Tagalog bermaksud 'bebas' dan dalam bahasa Khmer bermaksud 'bunga' (malai).Jadi yang mana satu nak ambil ni?Tak usah pening kepala.Melayu tetap Melayu,bukan berasal dari mana-mana bahasa.

*Orang Khmer Purba merujuk Srivijaya dan bahasanya sebagai Malayu,iaitu orang Melayu.

#3-British yang mencipta orang Melayu

Jawapan:Ini satu lagi hipotesis bingung.Sebelum British tiba,catatan-catatan Portugis dan Sepanyol memanggil kita dengan nama 'Malayo' iaitu slang Iberian/Latin kepada perkataan 'Melayu'.Pernah dengar istilah Malayo-Polynesia?Sebelum British tiba,telah ada beratus-ratus manuskrip Melayu yang di dalamnya bersepah perkataan 'Melayu' merujuk kepada nama satu bangsa.Sebelum British tiba,Sulalatus Salatin yang dikarang ketika Kesultanan Johor-Riau menyebutkan nama 'Melayu'.Belum lagi karya-karya dari Riau,Acheh dan Jawa.Jadi kenyataan di atas adalah '******' tahap berat.

#4-Orang Asli adalah penduduk asal sini (Malaysia)

Jawapan:Orang Asli di Malaysia terdiri dari dua kategori: Aslian,iaitu dari segi linguistik,cenderung kepada kelompok bahasa Mon-Khmer.Satu lagi ialah Aborigine Malay,yang bahasa mereka cenderung kepada Austronesia,dengan kata lain mempunyai hubungan linguistik dengan bahasa Melayu.Contoh Aborigine Malay ialah Jakun,Orang Sungai,Orang Kuala dan sebagainya.Salah satu Aborigine Malay yang agak antarabangsa ialah Orang Laut yang boleh ditemui di Burma sebagai Moken dan Thailand sebagai Urak Lawoi.

Orang Melayu berasal dari Aborigine Malay ini,kemudian,sebahagian mereka yang duduk di persisiran pantai,mula berinteraksi dengan dunia luar,malah mereka menyertai perdagangan antarabangsa dan berlayar ke luar negeri sehingga generasi kedua Melayu terbentuk dengan kriteria lebih maju (advance) dari generasi pertama mereka iaitu Aborigine Malay/Proto Melayu.

Ini samalah seperti orang Norseman yang sesetengahnya masih tinggal dipedalaman Scandinavia manakala ada yang berlayar menjadi satu puak bernama Viking yang berdagang,berperang dan berkahwin dengan bangsa-bangsa Eropah yang lain mewujudkan generasi yang lebih maju selepas itu.

Kesimpulan: Semua persoalan di atas teramatlah mudah dijawab,HANYA JIKA,anda banyak membaca tentang sejarah terutama sejarah Melayu,ditambah dengan membaca sejarah-sejarah bangsa lain di dunia.Semua pattern lebih kurang sama,namun sesetengah orang memprovokasi sejarah Melayu seolah-olah eksklusif,bertujuan untuk mendapatkan tanahair dan keistimewaan orang Melayu,cemburu atau dengki dengan nikmat yang Tuhan kurniakan kepada orang Melayu atau saja berniat jahat kerana terlampau kiasu iaitu bimbang kalau-kalau dihalau dari negara ini atau dicop pendatang setaraf dengan imigran Bangladesh,Indonesia atau Myanmar.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.