Zizan Raja Lawak buka kedai perniagaan pakaian Indonesia
Mohd. Raizizan Ab. Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan dari program realiti, Raja Lawak musim yang pertama itu bakal bergelar usahawan tidak lama lagi. Perkara itu
sebaliknya diluah sendiri daripada mulut Zizan sendiri baru-baru ini. Zizan memberitahu, dia dalam perancangan membuka kedai menjual pakaian. Stok-stok baju yang ingin diletakkan di premis perniagaannya diambil dari negara seberang, Indonesia. Buat masa ini, dia sedang berbincang dengan individu-individu tertentu bagi merealisasi hasratnya bergelar ahli perniagaan.
Malah, dalam waktu sama, Zizan sedang mencari artis-artis popular tanah air walaupun tidak dikeetahui apa sebabnya. Sama ada dia mahu melantik mereka jadi duta, pelawa rakan artis tolong merasmikan kedainya atau ajak mereka buat persembahan pada pelancaran butiknya, sama-samalah kita nantikan. -Kosmo
No comments:
Post a Comment